badai II

1. membuat sesuatu tanpa izin;

2. asal sahaja, hentam kromo, sapu semua;
mereka ini ~ semua saja mereka ini sapu semua sahaja.

badak I

sejenis binatang mamalia dalam famili Rhinocerotidae, yang berkulit tebal dan bersumbu;
~ air sejenis binatang mamalia yang besar dalam famili Hippopotamidae, Hippopotamus amphibius;
~ air kerdil, Choeropsis liberiensis;
~ gajah
= ~ raya = ~ sumbu sejenis badak, Rhinoceros sondaicus;
~ kerbau = ~ berendam = ~ sumatera
badak yang bersumbu dua, Dicerorhinus sumatrensis;
~ tampung = ~ murai
tenuk, cipan, Tapirus indicus ;
~ makan anak (peribahasa) membuang anak sendiri;
anak ~ dihambat-hambat (peribahasa) dengan sengaja mencari bahaya;
sayang anak ~ tampung, cucu konon ~ raya (peribahasa) hairan, seseorang yang bukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat raja.

badak II

kuih ~ = cucur ~ sejenis kuih gorengan yang kulitnya dibuat daripada campuran tepung gandum dan ubi keledek dan intinya daripada campuran kelapa parut dan bahan-bahan lain (seperti cili, udang, dan lain-lain).

badal

[Jawa]

1. wakil (bagi orang naik haji dan lain-lain);

2. ejen (perusahaan dan lain-lain).

badan

1. tubuh, jasad (manusia):
pakaian yang dibawanya hanya yang lekat di ~nya;

2. pokok tubuh (selain anggota dan kepala):
~nya gemuk tetapi kakinya kurus;
susuk ~
keadaan bentuk badan dari segi fizikal, susuk tubuh;
tidak sedap ~ tidak (berapa) sihat;
~ tengah naik badan sedang membesar;

3. bahagian yang (ter)utama daripada sesuatu:
~ baju;
~ kereta;

4. diri (sendiri);
~ malang diri orang yang malang;

5. kumpulan orang yang merupakan suatu kesatuan untuk mengerjakan sesuatu:
~ penasihat;
~ amanah;

6. bahagian utama (penting) ucapan (buku, dokumen, dan sebagainya) dan tidak termasuk pendahuluan (penutup, lampiran, dan sebagainya), isi;

7. agensi, pertubuhan:
FELDA ialah sebuah ~ kerajaan;
~ berkanun;
~ amanah badan untuk menyelenggarakan harta dan lain-lain bagi faedah seseorang atau sesuatu golongan;
~ berkanun agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu;
~ kehakiman badan yang diberi kuasa untuk mentafsirkan undang-undang;
~ boleh dimiliki, tetapi hatinya tidak (peribahasa) walaupun menjadi atau bersifat seperti hamba atau orang lemah terhadap orang yang berkuasa, namun hatinya tidak begitu;
hancur ~ dikandung tanah, budi baik terkenang juga (peribahasa) budi bahasa yang tidak akan dilupakan orang;
rosak ~ kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku (peribahasa) kerana penyakit, rupa kita boleh menjadi buruk dan kerana kelakuan jahat, nama baik bangsa atau suku itu boleh tercemar;

berbadan mempunyai badan:
gadis itu ~ langsing;
~ dua
hamil;

memperbadankan menjadikan perbadanan, menubuhkan (sesuatu) sebagai perbadanan;

perbadanan agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menjalankan (melaksanakan) fungsi yang tertentu:
~-~ yang bebas seperti Lembaga Lektrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang;
P~ Kewangan Antarabangsa;
P~ Kemajuan Ekonominomi Negeri;
P~ Perfileman Nasional;

pemerbadanan penubuhan sebagai perbadanan.