1. tubuh, jasad (manusia):
pakaian yang dibawanya hanya yang lekat di ~nya;
2. pokok tubuh (selain anggota dan kepala):
~nya gemuk tetapi kakinya kurus;
susuk ~ keadaan bentuk badan dari segi fizikal, susuk tubuh;
tidak sedap ~ tidak (berapa) sihat;
~ tengah naik badan sedang membesar;
3. bahagian yang (ter)utama daripada sesuatu:
~ baju;
~ kereta;
4. diri (sendiri);
~ malang diri orang yang malang;
5. kumpulan orang yang merupakan suatu kesatuan untuk mengerjakan sesuatu:
~ penasihat;
~ amanah;
6. bahagian utama (penting) ucapan (buku, dokumen, dan sebagainya) dan tidak termasuk pendahuluan (penutup, lampiran, dan sebagainya), isi;
7. agensi, pertubuhan:
FELDA ialah sebuah ~ kerajaan;
~ berkanun;
~ amanah badan untuk menyelenggarakan harta dan lain-lain bagi faedah seseorang atau sesuatu golongan;
~ berkanun agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu;
~ kehakiman badan yang diberi kuasa untuk mentafsirkan undang-undang;
~ boleh dimiliki, tetapi hatinya tidak (peribahasa) walaupun menjadi atau bersifat seperti hamba atau orang lemah terhadap orang yang berkuasa, namun hatinya tidak begitu;
hancur ~ dikandung tanah, budi baik terkenang juga (peribahasa) budi bahasa yang tidak akan dilupakan orang;
rosak ~ kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku (peribahasa) kerana penyakit, rupa kita boleh menjadi buruk dan kerana kelakuan jahat, nama baik bangsa atau suku itu boleh tercemar;
berbadan mempunyai badan:
gadis itu ~ langsing;
~ dua hamil;
memperbadankan menjadikan perbadanan, menubuhkan (sesuatu) sebagai perbadanan;
perbadanan agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menjalankan (melaksanakan) fungsi yang tertentu:
~-~ yang bebas seperti Lembaga Lektrik Negara dan Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang;
P~ Kewangan Antarabangsa;
P~ Kemajuan Ekonominomi Negeri;
P~ Perfileman Nasional;
pemerbadanan penubuhan sebagai perbadanan.