bagai

1. jenis, macam:
beberapa ~ ukiran yang dibuatnya;

2. banding, sama, persamaan:
kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya;

3. = bagaikan serupa jika dibandingkan dengan sesuatu, seperti, semacam, umpama:
~ kera mendapat bunga;
hatinya ~ dihiris-hiris;

sebagai
1. untuk, bagi:
beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan;

2. jadi, menjadi, selaku:
mengangkatnya ~ pengerusi;

3. bertindak seperti, selaku:
~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan daripada mereka;
~ lagi
= ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi:
~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya;
~nya

a) lain-lain serupa (semacam) itu:
buah nanas, buah mangga, dan ~nya;
b) sepatutnya:
diperlakukan dengan ~nya;

persebagaian [Kelantan] perumpamaan;

berbagai berbanding, bersamaan:
Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yang amat baik parasnya, tiada ada ~ pada masa itu;

bagaimana

1. kata tanya (menanyakan hal), betapa:
~ keadaan budak yang sakit itu sekarang?

2. dengan cara apa, dengan jalan apa:
parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan;
~ juga
bagaimanapun;

sebagaimana seperti (yang dikehendaki dan lain-lain), sama (halnya) dengan, seperti mana:
sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yang dikehendaki;

bagan I

1. tiang-tiang rumah yang baru didirikan, tiang-tiang dan kayu-kayu palang tempat menjemur ikan;

2. (gambar) lakar;
peta ~ [Indonesia] peta lakar;

3. (gambar) rancangan:
oleh sebab ketiadaan ~ waktu itu, kita menjadi tidak jelas, kabur tentang hari depan, dari segi politik;
~ pengajaran bahasa
rancangan pengajaran bahasa;

4. pangkalan:
balak ditarik ke panglong, ke ~ atau ke kilang;

berbagan
1. mempunyai bagan;

2. berpangkalan:
mereka selamat sampai ke pantai tempat nelayan Cina ~.

bagan II

akar ~ sejenis tumbuhan (pokok), mempelasari (hari), (m)empelas hari, pelasari, Alyxis lucida.

bagang

1. sejenis ikan laut, Chelmon rostratus;

2. sejenis ikan laut, Heniochus acuminatus;

3. sejenis ikan laut, Chaetodon ocellatus;

4. sejenis ikan laut, Coradian chryzonus.