1. jenis, macam:
beberapa ~ ukiran yang dibuatnya;
2. banding, sama, persamaan:
kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya;
3. = bagaikan serupa jika dibandingkan dengan sesuatu, seperti, semacam, umpama:
~ kera mendapat bunga;
hatinya ~ dihiris-hiris;
sebagai
1. untuk, bagi:
beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan;
2. jadi, menjadi, selaku:
mengangkatnya ~ pengerusi;
3. bertindak seperti, selaku:
~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan daripada mereka;
~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi:
~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya;
~nya
a) lain-lain serupa (semacam) itu:
buah nanas, buah mangga, dan ~nya;
b) sepatutnya:
diperlakukan dengan ~nya;
persebagaian [Kelantan] perumpamaan;
berbagai berbanding, bersamaan:
Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yang amat baik parasnya, tiada ada ~ pada masa itu;