bagar II

[Minangkabau];

~ kambing = gulai ~ sejenis gulai daging yang tidak menggunakan santan tetapi air sahaja;

membagar membakar, memasak.

bagas

1. (berkenaan (dengan) angin) kencang, kuat:
angin paksa sedang kencang ~ ;

2. (berkenaan (dengan) badan) tegap, kuat;

kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan:
baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya.

bagasi

1. barang-barang muatan (kereta api dan lain-lain);

2. gerabak barang (kereta api);

3. tempat barang pada basikal (motokar dan lain-lain);

4. beg pakaian dan lain-lain yang dibawa dalam sesuatu perjalanan.

baghal

[Arab] binatang hasil daripada pengawanan antara kuda betina dengan keldai jantan.

bagi

1. a) untuk, buat, guna:
buku ini sebenarnya ~ adikmu;
b) untuk (daripada pihak):
~ kami, itu yang sesenang-senangnya; c) untuk,sebagai:
ia menerangkan ini ~ menjawab desakan-desakan pihak pembangkang; ~ kali pertama, Amerika Syarikat telah melancarkan kapal angkasa;

2. = bahagi penggal atau belahan daripada sesuatu benda;

membagi [bahasa percakapan]

1. memberi izin:
tidak dibaginya saya balik ke kampung;

2. membelahkan (memecahkan menjadi beberapa bahagian);

membagikan, membagi-bagikan memberi, mengagih-agihkan;

terbagi dibagi;
habis ~ [Indonesia] (bilangan) yang apabila dibagi tidak ada sisanya;

bagian [bahasa percakapan] hasil membagi;

kebagian [Jakarta]

1. mendapat bahagian;

2. [bahasa percakapan] bagai, seperti;

bahagi.