bakup.
bagur
(berkenaan (dengan) manusia, binatang) lekas menjadi besar (gemuk) dan tinggi, luar biasa besar dan tingginya.
bagus
1. berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati, sangat baik:
barang itu masih ~ walaupun telah lama disimpan;
2. sangat cantik:
parasnya yang ~ menawan hati putera raja itu;
3. digunakan sebagai kata pujian:
~, awak telah menjalankan pekerjaan itu dengan baik sekali;
membaguskan membuat jadi bagus;
memperbagus membuat supaya lebih bagus:
hendaklah dia ~ hatinya;
kebagusan perihal bagus.
bah I
= air ~ banjir, air besar;
musim ~ musim banjir;
salangkan ~ kapar tak hanyut, inikan (kononlah) pula kemarau panjang (peribahasa)
a) kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin kalau sudah tua;
b) pada masa ada pencarian tidak boleh menjadi kaya, apatah lagi dalam masa tiada pekerjaan.
bah II
[kependekan] babah.
bah III
[Kelantan] bawah.
bah IV
[kependekan] bahasa.
bahadi
= badi.
bahadur
[sastera lama]
1. pahlawan, kesateria;
2. gagah berani.
bahaduri
[sastera lama] berani, gagah perkasa;
bintang ~ pingat tanda keberanian.