asak

padat, sesak;
se~ nasi penuh mulut dengan nasi;

berasak 1. = berasak-asak = berasak-asakan berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal):
orang ~ menaiki bas;
mereka ~ hendak membeli tiket;

2. berpindah, berengsot, bergeser:
pagi tadi ia tidak ~ dari tempatnya;

mengasak
1. mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal:
pada masa dahulu, meriam diasak dengan sabut sebelum dicucuh;

2. mendesak, menolak (dan menghimpit):
di belakang mereka orang ramai ~ ke hadapan;

3. menganjak, memindahkan;

4. [kiasan] menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan:
pertanyaan demi pertanyaan ~ benak Matakob;
diasak layu, dicabut mati
(peribahasa) sesuatu yang tetap dan tidak dapat diubah lagi;
sebagai ayam diasak malam (peribahasa) tidak berdaya lagi;

mengasakkan
1. memasukkan dan menekan-nekan supaya padat, menjejalkan:
~ kekabu ke dalam bantal;

2. mendesakkan:
dia ~ dirinya di antara orang ramai yang berkumpul itu;

asakan perihal mengasak, keadaan berasak-asakan, desakan:
dalam ~ orang ramai yang tidak ketentuan arah itu, percubaannya sia-sia sahaja.

asal

1. mula(nya), yang mula-mula (pertama) sekali:
adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata;
bentuk ~ bangunan itu dikekalkan;
rancangan ~;

2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan:
dari mana ~nya budak ini?

3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan
a) dengan syarat, apabila:
kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai;
buatlah apa yang patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain;

b) sebaik saja, setiap … saja:
~ dapat gaji terus berjoli;
~ ada kecil pun jadi (pada)
(peribahasa) kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai);
~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan (peribahasa) tabiat orang tidak akan berubah;
~ berisi tembolok senang hati (peribahasa) apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati;
~ ditugal adalah benih (peribahasa) janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan;
usul menunjukkan ~ (peribahasa) kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya);
usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan (peribahasa) dalam segala hal, haruslah ditilik puncanya;

berasal
1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di):
orang itu ~ dari Kedah;

2. keturunan (dr):
raja itu ~ dari raja Melaka;

3. berbangsa, keturunan baik-baik:
orang yang ~;

mengasalkan = ~ kepada memulangkan kepada, mengembalikan kepada (asal, keadaan semula);

diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);

asalan (Matematik) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pada garis satah atau dalam ruang.

asal usul

1. salasilah, asal keturunan (seseorang);

2. peringkat awal atau permulaan:
ahli sains yang cuba mengkaji ~ manusia;

3. sebab yang mula-mula, punca:
~ pertikaian yang berlarutan;

mengasalusulkan menghuraikan asal usul:
kisah yang ~ raja-raja Kedah yang tersebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

asam I

1. segala sesuatu yang masam rasanya:
dia suka benar makan ~;

2. berasa seperti rasa cuka, masam (seperti rasa mangga muda):
~ benar buah ini;
~ arang
[Indonesia] asid karbonik;
~ belerang [Indonesia] asid sulfur;
~ garam
a) berbagai-bagai jenis asam berserta garam:
segala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dan lain-lain;

b) [kiasan] berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka);
~ ko [Kedah] sejenis buah masam yang dikeringkan, asam masin;
tahu ~ garam tahu selok-belok sesuatu;
~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gunung) bertemu dalam belanga = laksana garam dengan ~ (peribahasa) kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan);
sudah se~ dan segaramnya (peribahasa) sudah tidak ada celanya (pekerjaan, perbuatan);
sudah banyak makan ~ garam (peribahasa) sudah banyak pengalaman;

mengasam membersihkan (sesuatu) dengan asam:
~ keris;

mengasami membubuh asam pada;

mengasamkan merendam (bahan makanan tertentu) dalam cuka atau asam supaya masam, menjeruk;

asaman, asam-asaman buah-buahan yang diasamkan (dijeruk).

asam II

sejenis tumbuhan (pokok);
~ belanda sejenis tumbuhan (herba dan buahnya), Hibiscus sabdariffa;
~ jawa
sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya yang digunakan dalam masakan), Tamarindus indica;
akar ~ kumbang
sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar sulur kerang, akar kucing suci, Embelia ribes.

asap

1. gas yang kelihatan keluar dari benda yang dibakar (berkepul-kepul dan sebagainya naik ke udara);

2. = ~ air wap;
~ api asap yang keluar dari api;
~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata;
~ belerang asap dari belerang (gunung berapi);
~ kemenyan asap yang keluar apabila kemenyan dibakar;
belum dipanjat ~ kemenyan (peribahasa) belum berkahwin;
menggantang ~ (mengukir langit) (peribahasa)
a) melakukan perbuatan yang sia-sia;
b) berangan-angan (akan sesuatu yang tidak mungkin dicapai);

berasap
1. mengeluarkan asap, ada asap;

2. diselubungi oleh kabus;
dapur tidak ~ (peribahasa) miskin sekali;
telah ~ hidungnya (peribahasa) telah beroleh keuntungan sesudah lama menderita kekurangan;

mengasap
1. menjadi asap;

2. = mengasapi;

mengasapi
1. mengenakan asap pada sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dan lain-lain);

2. memasak (mengeringkan, mengharumkan, dan sebagainya) dengan asap:
perempuan itu mengangkat tempat bara untuk ~ rumahnya;
~ daging
mengeringkan daging dengan asap;
~ pakaian mengharumkan pakaian dengan mengenakan asap dupa;

pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi;

perasap, perasapan tempat membakar kemenyan dan lain-lain, pedupaan:
ia menyuruh aku memasang ~ dan memasukkan sedikit setanggi.

asar

[Arab]

1. = waktu ~ waktu bayang-bayang kayu dan sebagainya sama panjang dengan kayu dan sebagainya yang menjadi pengukurnya hingga terbenam matahari;

2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pada waktu asar;
~ rendah petang hari semasa matahari sudah rendah (lebih kurang pukul lima petang);
~ tinggi petang hari masa matahari masih tinggi (lebih kurang pukul tiga petang).