asas II

1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan):
~ rumah sudah siap;

2. sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dan lain-lain), dasar:
pemerintahan negara dengan sistem demokrasi sebagai ~nya;
tuduhan yang tidak mempunyai ~;

berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya):
tuduhan melulu yang tidak ~;
~ kepada
= berasaskan;

berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sebagai asas, berdasarkan:
sistem ekonomi yang ~ kapitalisme;
tuduhan yang ~ bukti yang nyata;

mengasaskan
1. menyandarkan (meletakkan) pada sesuatu sebagai asas, mendasarkan:
segala usaha diasaskannya pada kepentingan negara;

2. membangunkan (pada peringkat permulaannya), memulakan penubuhan, mendirikan:
beliaulah yang ~ GPMS pada tahun 1954;

terasasnya telah diasaskan:
dari situlah ~ dinasti ke-26;

pengasasan perbuatan (proses dan sebagainya) meletakkan sesuatu pada sesuatu asas:
~ prinsip kebebasan ini amat penting;

pengasas orang yang mengasaskan (memulakan perubahan) sesuatu:
pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yang dikehendaki oleh ~nya.

asasi

menjadi dasar, yang menjadi pokok:
undang-undang ini tidak mengganggu hak-hak ~ rakyat lain.

asasinat

pengasasinatan (Undang-undang) pembunuhan dengan tujuan merebut kuasa, biasanya kuasa politik.

asbestos

bahan yang dijadikan kepingan-kepingan yang dapat menyekat haba atau kepanasan dan biasanya digunakan untuk bumbung atau siling rumah.

ASCII

akronim bagi American Standard Code for Information Interchange atau (Kod Piawai Amerika bagi Saling Tukar Maklumat).