1. mula(nya), yang mula-mula (pertama) sekali:
adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata;
bentuk ~ bangunan itu dikekalkan;
rancangan ~;
2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan:
dari mana ~nya budak ini?
3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan
a) dengan syarat, apabila:
kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai;
buatlah apa yang patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain;
b) sebaik saja, setiap … saja:
~ dapat gaji terus berjoli;
~ ada kecil pun jadi (pada) (peribahasa) kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai);
~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan (peribahasa) tabiat orang tidak akan berubah;
~ berisi tembolok senang hati (peribahasa) apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati;
~ ditugal adalah benih (peribahasa) janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan;
usul menunjukkan ~ (peribahasa) kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya);
usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan (peribahasa) dalam segala hal, haruslah ditilik puncanya;
berasal
1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di):
orang itu ~ dari Kedah;
2. keturunan (dr):
raja itu ~ dari raja Melaka;
3. berbangsa, keturunan baik-baik:
orang yang ~;
mengasalkan = ~ kepada memulangkan kepada, mengembalikan kepada (asal, keadaan semula);
diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);
asalan (Matematik) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pada garis satah atau dalam ruang.