arus

1. gerakan air atau udara:
~ deras air sungai;

2. = ~ elektrik gerakan atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir;
~ terus = ~ searah [Indonesia] aliran elektrik yang tetap haluan dan kuasanya;
~ ulang-alik = ~ bolak-balik [Indonesia] aliran elektrik yang haluan dan had kuasanya bertukar-tukar;

3. pergerakan kenderaan (manusia dan lain-lain) yang tidak putus-putus:
menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan;
hilang dalam ~ orang banyak yang meninggalkan stadium;

4. [kiasan] aliran, perkembangan:
sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara berasingan daripada kedudukannya dalam ~ penceritaan;
~ sejarah;
~ zaman;
~ perubahan fesyen;
~ pembangunan;

5. = ~ hidup (penghidupan) perjalanan hidup, kehidupan:
dia tidak lagi menghanyuntukan diri ke dalam ~ kota;
~ air mata
air mata yang mengalir dengan tidak putus-putus;
~ dingin = ~ sejuk arus yang membawa udara yang dingin (sejuk);
~ lautan arus yang bergerak di kawasan lautan;
~ panas arus yang membawa udara yang panas;
~ pasang surut arus yang disebabkan oleh gerakan pasang surut;
~ perdana perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dan sebagainya):
tiada kawasan di negeri yang disisihkan daripada ~ perdana pembangunan;

berarus ada arusnya:
air yang melaut itu rupanya tenang tetapi pada setengah-setengah tempat ~.

arwah

[Arab] (jamak bagi roh)

1. roh atau jiwa orang yang telah meninggal dunia:
kenduri untuk ~ saudara-maranya;

2. semangat:
hilang ~ku melihat nahas kereta itu;

3. (kata yang digunakan apabila menyebut seseorang yang telah meninggal) Allahyarham, Almarhum:
~ ayahnya;
~ Pak Mat;

mengarwahkan membaca doa (mengadakan kenduri) untuk memperingati seseorang yang telah meninggal dunia.

as I

[Indonesia-Belanda] gandar, pasak, sumbu:
kereta itu patah ~nya;

beras mempunyai as:
kaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat ditarik.

asa I

harap(an);
putus (berputus) ~ tidak menaruh harapan lagi (akan berjaya, memperoleh sesuatu, dan sebagainya), putus harapan;

asa-asaan harap-harapan, selalu berharap (mengharapkan);

mengasakan mengharapkan.