1. gerakan air atau udara:
~ deras air sungai;
2. = ~ elektrik gerakan atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir;
~ terus = ~ searah [Indonesia] aliran elektrik yang tetap haluan dan kuasanya;
~ ulang-alik = ~ bolak-balik [Indonesia] aliran elektrik yang haluan dan had kuasanya bertukar-tukar;
3. pergerakan kenderaan (manusia dan lain-lain) yang tidak putus-putus:
menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan;
hilang dalam ~ orang banyak yang meninggalkan stadium;
4. [kiasan] aliran, perkembangan:
sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara berasingan daripada kedudukannya dalam ~ penceritaan;
~ sejarah;
~ zaman;
~ perubahan fesyen;
~ pembangunan;
5. = ~ hidup (penghidupan) perjalanan hidup, kehidupan:
dia tidak lagi menghanyuntukan diri ke dalam ~ kota;
~ air mata air mata yang mengalir dengan tidak putus-putus;
~ dingin = ~ sejuk arus yang membawa udara yang dingin (sejuk);
~ lautan arus yang bergerak di kawasan lautan;
~ panas arus yang membawa udara yang panas;
~ pasang surut arus yang disebabkan oleh gerakan pasang surut;
~ perdana perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dan sebagainya):
tiada kawasan di negeri yang disisihkan daripada ~ perdana pembangunan;
berarus ada arusnya:
air yang melaut itu rupanya tenang tetapi pada setengah-setengah tempat ~.