daerah Kutub Utara.
artikel
1. fasal dalam kitab undang-undang;
2. karangan (dalam surat khabar, majalah, dan lain-lain), makalah, rencana.
artikulasi
1. cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas;
2. penyataan idea atau perasaan terutamanya dengan kata-kata;
mengartikulasikan menyatakan idea atau perasaan terutamanya dengan kata-kata:
rasa kecewanya tidak diartikulasikan.
artileri
1. pasukan tentera yang bersenjata meriam;
2. meriam (biasanya beroda).
artis
1. orang yang kerjanya atau kegemarannya mencipta hasil seni (terutama lukisan);
2. penghibur (seperti penyanyi, penari, dan lain-lain);
~ rakaman penyanyi atau pemuzik yang merakamkan persembahannya dalam sesebuah album dengan syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu.
artisan
pekerja yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan, tukang:
Antonio Pobello ialah seorang ~ berbangsa Itali yang mula-mula sekali membuat kasut dengan menggunakan tangan.
artistik
1. sangat indah (dikerjakan dan sebagainya dengan perasaan kesenian):
ia gemar melihat benda-benda yang ~;
2. berasaskan (berkaitan dengan, menunjukkan, dan sebagainya) nilai-nilai seni:
tanpa bantuan segala ini, sesebuah filem akan mengecewakan dari segi ~.
artralgia
(Perubatan) rasa sakit pada sendi.
artritis
(Perubatan) radang pada sendi atau tisu sendi.
artrologi
kajian tentang sendi.