anarkisme

fahaman (pendirian) bahawa segala bentuk kerajaan atau pemerintahan bersifat menindas dan wajar dimansuhkan, penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan:
kejujuran Moleire terhadap pembentukan masyarakat Perancis ialah dengan membetulkan fatalisme dan ~ yang terdapat dalam masyarakat.

anasir
1. zat yang empat (iaitu air, api, tanah, hawa atau angin) yang menurut pendapat ahli fikir zaman dahulu merupakan asas bagi segala-galanya di seluruh alam;

2. segala yang terdapat di dunia, makhluk;

3. bahagian daripada suatu keseluruhan, anggota dan lain-lain daripada sesuatu golongan (perkumpulan, masyarakat dan sebagainya):
masyarakat bandar telah dipengaruhi oleh ~-~ Barat;
berwaspada terhadap tindak-tanduk ~-~ jahat;

4. unsur, faktor.

anatomi

kajian atau pengetahuan mengenai binaan tubuh dan sebagainya hidupan (manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan), kaji bina tubuh.

anca

[Indonesia] [arkaik] rintangan, kerugian (kerana kekeliruan dan lain-lain).

ancak

talam daripada anyaman tempat menyajikan barang-barang untuk hantu;
membuang ~ [Minangkabau] menyajikan barang-barang dalam ancak untuk hantu.

ancak-ancak

[Minangkabau]

1. tidak mempedulikan buruk baik (untung ruginya dan sebagainya), lalai;

2. olok-olok, main-main:
ancamannya dianggap orang sebagai ~ sahaja;

mengancak-ancak mengerjakan pekerjaan yang sia-sia, bermain gila, mengolok-olok, bermain-main sahaja.

ancam

mengancam
1. menakut-nakuti dengan jalan menyatakan hendak melakukan sesuatu yang membahayakan (menyusahkan, merugikan, dan sebagainya), mengugut:
orang itu ~ hendak membunuh lawannya;

2. meletakkan (menyebabkan berada) dalam keadaan akan mengalami atau ditimpa bahaya (kesusahan dan sebagainya), membahayakan:
penduduk Bali sudah beberapa kali diancam oleh letusan Gunung Agung;
kejadian itu telah ~ kehidupan petani-petani;

3. [bahasa percakapan] kata yang mengandungi konotasi cantik dan menarik bagi seseorang atau sesuatu (seperti gadis, muzik, bunga, dan lain-lain);

mengancamkan mengancam dengan sesuatu:
ia ~ parangnya kepada orang yang hendak mendekatinya;

terancam berada dalam keadaan menghadapi bahaya dan sebagainya, diancam (oleh):
sudah beberapa kali ia ~ oleh bahaya maut;
manuskrip yang masih ada dan sedang ~ oleh kerosakan dan kemusnahan;

ancaman sesuatu yang mengancam atau diancamkan, bahaya dan sebagainya yang mungkin menimpa:
mereka menghadapi ~ daripada musuh luar dan dalam;

keterancaman keadaan terancam;

pengancaman perihal (perbuatan) mengancam:
~ itu dilakukan secara halus;

pengancam orang yang mengancam.

ancang-ancang

[Jawa] langkah sebelum (melompat dan lain-lain), persiapan untuk berbuat sesuatu), anju:
nama dan pekerjaan hanya suatu ~ untuk mendapatkan berita yang lebih banyak;

mengancang-ancang mengambil langkah (akan melompat dan lain-lain), menganju.

ancer-ancer

[Jawa] tanda, alamat;
tanggal (hari) ~ hari yang telah ditetapkan;
~ jangka waktu rancangan jangka waktu.