(Geografi) sejenis angin yang kering dan berdebu dari gurun Sahara yang bertiup ke arah pantai Afrika Barat, biasanya antara Disember hingga Mac. harmoni
1. selaras dari segi muzik:
pasukan koir itu bernyanyi dalam nada suara yang ~;
2. menunjukkan persesuaian atau persetujuan:
kedua-dua suami isteri itu hidup dalam keadaan yang ~;
3. not-not muzik dalam sesuatu kod;
4. persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dan lain-lain;
mengharmonikan
1. menjadikan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada, suara, dan sebagainya):
mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk ~ suara mereka;
2. menjadikan harmoni, memesrakan:
mereka sama-sama cuba ~ perhubungan mereka;
keharmonian
1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian:
sebaliknya, sains dan teknologi yang telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar;
2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan:
~ perhubungan antara kedua-dua buah negara;
menikmati ~ hidup di desa;
~ rumah tangga;
pengharmonian proses (usaha, perbuatan dan sebagainya) mengharmonikan:
Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kepada ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini.