harum I

1. sedap (enak) baunya, wangi:
bunga melati yang ~ baunya;

2. [kiasan] (berkenaan (dengan) maruah, nama, kehormatan) baik, masyhur, terkenal:
nama Malaysia semakin ~ dalam hubungan antarabangsa;
~ menghilangkan bau
(peribahasa) keburukan tidak kelihatan kerana tertutup oleh perbuatan atau nama baik;

mengharum berbau (menjadi) harum, mewangi:
bunga-bunga kembang ~ di taman;

mengharumkan
1. menyebabkan berbau harum, mewangikan:
minyak wangi dipakai untuk ~ badan;

2. menyebabkan mendapat nama baik (masyhur dan sebagainya):
dengan kemenangan-kemenangannya itu Jega telah ~ nama Malaysia dalam bidang sukan antarabangsa;

mengharumi memberi bau harum (keharuman) pada:
bunga-bungaan yang wangi ~ bilik itu;

berkongsi