1. sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran (kesulitan):
banyak negara Asia sekarang sedang menghadapi ~ kelebihan penduduk;
banyak daripada pengusaha tempatan yang menghadapi ~ kewangan yang tenat;
2. (Matematik) soalan atau kenyataan (dalam matematik dan lain-lain) yang memerlukan penyelesaian biasanya dengan beberapa perkiraan:
~ itu boleh diselesaikan dengan jalan melukis mengikut skala atau dengan jalan perkiraan;
bermasalah mempunyai (ada) masalah, mengandungi (menimbulkan) masalah:
rambut ~ yang tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yang berbelah;
jika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya untuk tidak bergiat;
memasalahkan, mempermasalahkan menjadikan sebagai masalah, memberi perhatian kepada (menganggap sebagai) suatu masalah:
~ dunia adalah kehidupan;
mereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan;
permasalahan sesuatu atau segala-gala yang menjadi masalah, (pelbagai) masalah, persoalan:
sajak-sajak mereka ditulis bagi membuka jalan kepada pembaca untuk mengenali peristiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka;
seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa;
~ pendidikan;
~ hidup wanita.