sangga I

benda yang digunakan untuk menopang (menahan dan lain-lain) dari bawah;
~ bunuh [sastera lama] azimat atau tangkal (supaya tidak terbunuh dalam peperangan dan lain-lain);
~ galah cagak tempat meletakkan galah (di perahu);
~ layar cagak tempat meletakkan layar (ketika berlabuh);
~ mara
a) galah yang berkait untuk menolak dan meraih perahu;
b) ganja atau besi melintang pada pangkal mata tombak;
~ payung besi dan lain-lain yang menahan payung supaya terbuka;
~ pedang besi palang di atas hulu pedang;
~ penetap perkakas yang digunakan untuk menetapkan kedudukan benda kerja (ketika melarik dengan jentera);
~ tuas benda yang menyangga tuas jika menuil sesuatu dengan tuas;

bersangga
1. ada sangganya, mempunyai atau memakai sangga, ditopang atau ditahan dengan sesuatu;

2. [kiasan] mempunyai sesuatu sebagai sandaran, sokongan dan sebagainya, berpegang (pada):
kita sepatutnya melipatgandakan usaha, bukannya setakat ~ pada cakap-cakap sahaja;

menyangga menopang (menahan) dari bawah, menyokong:
tiub teropong itu disangga oleh suatu kaki andas yang berat dan kejal;

penyangga benda yang digunakan untuk menyangga (menopang, dan lain-lain):
~ senapang.

berkongsi