garam

1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yang diperoleh daripada air laut atau dari dalam tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sebagai perasa dan pengawet makanan), natrium klorida;

2. (Kimia) sebatian kimia yang diperoleh daripada tindakan asid atas logam;

3. sejenis pupuk;
~ abu alkali;
~ asid (Kimia) garam yang mempunyai satu atau lebih hidrogen yang boleh diionkan, misalnya kalium hidrogen sulfat;
~ bes (Kimia) garam yang terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dengan ion negatif lain, misalnya plumbum (II) klorida hidroksida;
~ dapur garam untuk masakan;
~ darat = ~ galian garam dari dalam tanah;
~ hempedu (Biologi) garam yang terdapat dalam hempedu, gunanya untuk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan;
~ jantan buku garam;
~ kontang (Kimia) garam yang air penghablurannya telah disingkirkan, misalnya kuprum(II) sulfat;
~ laut garam dari air laut;
~ siam garam yang halus seperti gula pasir;
~ terhidrat (Kimia) garam yang mempunyai air penghabluran;
merendang ~ bunyi mendedas;
banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup;
~ dikulumnya tak hancur (peribahasa) seorang yang pintar menyimpan rahsia;
~ jatuh di air (peribahasa) cepat meresap atau segera dimengerti (berkenaan (dengan) nasihat, pelajaran, dan lain-lain);
~ tumpah apakah tempatnya (peribahasa) kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan;
dicecah orang bagai ~ (peribahasa) [Minangkabau] hal perempuan yang tidak lama bersuami, lalu bercerai;
membuang ~ ke laut (peribahasa) membuat pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah;
sebagai ~ dengan asam (peribahasa) sudah padan benar (seperti suami isteri);
sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor (peribahasa) kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak;
sudah seasam se~nya (peribahasa) tiada bercela;

bergaram
1. mengandungi (dibubuh) garam;

2. [kiasan] senang, berbahagia:
mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~;

3. menjadi seperti garam;

menggaram
1. menjadi masin;

2. menjadi seperti garam;

3. menghasilkan garam (membuat, menggali);

4. [Minangkabau] menjilat-jilat (binatang ternak);

menggarami
1. memberi bergaram, mengasinkan;

2. [kiasan] merempahi, menambah-nambahi:
langkah-langkah perlu diadakan untuk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri;

menggaramkan membuat jadi garam (air laut dan lain-lain);

pegaraman tempat membuat garam;

penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam.

berkongsi