[Jawa] wang lebih daripada pembayaran (yang dikembalikan), wang kembali, wang penyongsong.
Category Archives: Kamus Dewan Online
susuk III
susukan [Jawa] sungai buatan, terusan.
susuk II
1. sejenis pasak atau baji (untuk mengetatkan rasuk dan lain-lain), penyemat (baju dan lain-lain), susuh, tusuk;
~ igu pasak untuk melekatkan igu;
~ kondai = ~ sanggul penyemat sanggul;
2. jarum emas dan lain-lain yang dimasukkan ke dalam kulit muka dan lain-lain untuk memaniskan rupa;
3. lubang tempat memasukkan sesuatu (butang dan lain-lain);
~ baju lubang tempat kancing baju;
~ pelipit tempat meletakkan geligin (pada alat tenun);
bersusuk
1. memakai susuk, berpasak;
2. memakai susuk untuk pemanis;
bersusuk-susuk, bersusuk-susukan berasak-asakan (kerana terlalu ramai dan lain-lain);
menyusuk
1. mencucuk, menusuk;
2. memasukkan jarum emas dan lain-lain dalam kulit untuk memaniskan.
susuk I
1. bentuk (rupa, wujud), lembaga:
jauh di hadapannya dalam samar-samar ternampak suatu ~ tubuh yang berjalan dengan tergesa-gesa;
~ badan (tubuh)
a) bentuk rupa, bangun tubuh;
b) bayangan badan;
~ jijak sikap dan perawakan;
bulu ~ bulu yang lembut lagi halus (terdapat pada seluruh badan burung dan sebagainya atau di celah-celah bulu yang lebih besar;
~ ayat (Linguistik) bentuk atau susunan ayat;
~ bahasa bentuk (gaya) bahasa;
2. rangka (perahu dan lain-lain);
menyusuk
1. memasang rangka (rumah perahu dan lain-lain);
2. memulai membuat (sesuatu dan lain-lain).
susuh III
~ batu sejenis ikan darat, puting beliung, Hamaloptera spp.
susuh II
~ ayam sejenis tumbuhan (pokok renek), susun kelapa, Tabernaemontata divaricata.
susuh I
1. duri yang besar (pada tumbuh-tumbuhan);
2. = ~ ayam bahagian yang keras lagi tajam pada kaki ayam jantan, jalu;
3. sejenis pasak atau baji (untuk mengetatkan rasuk, pelancar, dan lain-lain);
4. pacu atau taji pada tumit kasut (untuk memacu kuda);
5. sejenis pengait (dari kayu);
6. rabung bukit (gunung) yang menganjur.
susu III
~ kubung sejenis tumbuhan (benalu), Desmotrichum spp.;
~ lopek sejenis tumbuhan (rumpai laut yang boleh dimakan), berembang bukit, Longetia malayana;
buah ~
a) sejenis tumbuhan (pokok), Chrysophyllum monopyrenum;
b) sejenis tumbuhan (pokok memanjat), buah belewar, buah selasih, Passiflora laurifolia;
bunga ~
a) sejenis tumbuhan (pokok renek), bunga cina, susuk ayam, susun kelapa, Ervatamia coronaria;
b) sejenis tumbuhan (pokok renek), bunga cina, Gardenia augusta.
susu II
~ rimau sejenis kulat, Polystictus rhinocerotis.
susu I
1. buah dada, tetek, kopek;
hujung ~ = mata ~ = pentil ~ = puting ~ bahagian hujung susu;
ruang ~ ruang di antara dua buah dada;
2. = air ~ air berwarna putih yang keluar dari buah dada;
binatang ~ binatang yang dipelihara untuk mendapat susu;
kepala ~ lemak yang kental pada air susu;
kilang ~
a) kilang tempat memproses susu;
b) bahagian badan yang menghasilkan susu;
lapar ~ mahu susu (anak kecil);
3. cairan yang menyerupai air susu yang diperoleh dari tumbuhan (pokok getah, tuba, dan lain-lain):
selepas pokok getah berumur 30 tahun ~nya akan berkurang;
~ badan susu ibu;
~ (ber)formula susu tepung yang disediakan mengikut formula khusus untuk golongan tertentu seperti bayi, ibu mengandung dan sebagainya;
~ bundar buah dada (perempuan) yang bulat dan cekang;
~ berlemak susu asli yang tidak diproses (masih mengandungi lemak aslinya);
~ bubuk susu tepung;
~ cair sejenis susu yang agak kental yang dibuat dengan jalan pengewapan dengan tekanan dan suhu tinggi;
~ ibu susu dari buah dada;
~ kaleng = ~ kalengan [Indonesia] susu yang telah diproses dan diisikan dalam tin;
~ kopek = ~ lanjut buah dada yang labuh;
~ macan [bahasa percakapan] sejenis minuman daripada air susu yang dicampur dengan minuman keras;
~ pekat susu yang dipekatkan dan dibubuh gula;
~ tanpa lemak susu yang lemaknya telah dikeluarkan;
~ tepung sejenis susu yang diproses menjadi tepung;
~ tin susu dalam tin;
~ di dada tak dapat dielakkan (peribahasa) nasib seseorang itu tidak boleh ditolak (baik atau jahat);
air ~ dibalas dengan air tuba (peribahasa) kebaikan dibalas dengan kejahatan;
seperti ~ dengan sakar (peribahasa)
a) dua hal yang bersetujuan benar;
b) aturan yang masih tetap berlaku dan dipakai;
menyusu menghisap susu:
budak itu sudah tidak mahu ~;
gajah ~ (binaan) atap atau sengkuap yang bersambung dengan rumah;
menyusui memberi minum susu kepada:
binatang mamalia ~ anaknya yang masih kecil;
menyusukan
1. menyusui:
mereka menyerahkan kanak-kanak yang baru lahir kepada perempuan lain untuk disusukan;
2. membiarkan menghisap susu (menyusu);
susuan
1. yang diberi susu, yang disusui;
anak ~
a) anak yang masih menyusu;
b) anak orang yang disusui;
saudara ~ saudara kerana menyusu dari perempuan yang sama;
2. puting susu yang dibuat daripada getah (sebagai ganti susu ibu):
yang seorang masih lekat ~ di mulutnya;
penyusuan perihal (perbuatan) menyusui:
pemendekan tempoh ~ bayi boleh membahayakan kesihatannya;
penyusu orang yang menyusui, pengasuh, inang:
Muhammad besar di bawah peliharaan ~nya itu.