suster

[Indonesia-Belanda]

1. perempuan dari badan kerohanian (Roman Katolik) dan tinggal di biara;

2. [bahasa percakapan] jururawat.

suspensi

[Indonesia-Belanda]

1. penangguhan (sesuatu) untuk sementara waktu, penundaan;

2. pemecatan daripada jawatan untuk sementara, pergantungan jawatan (seseorang);

3. cairan yang mengandungi hancuran daripada benda-benda keras, ampaian.

suspek

[bahasa percakapan] orang yang disyaki melakukan jenayah:
~ itu berjaya ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota cawangan trafik.

susila

1. baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib;

2. = kesusilaan
a) adat istiadat yang baik, keadaban, kesopanan:
pergaulan aku dengan kau pada ~ bangsaku tidak menjadi kesalahan;
b) pengetahuan berkenaan adab:
pendidikan kemasyarakatan dan pendidikan kesusilaan amat erat hubungannya;

bersusila bersopan santun, beradab, berakhlak.

susastera

kesusasteraan
1. seni yang menggambarkan keindahan dengan bahasa (novel, sajak, dan lain-lain), karang-mengarang, persuratan, seni sastera;

2. hasil daripada mengarang (menyajak dan lain-lain);

3. pengetahuan dalam hal sastera;

4. karya-karya yang tergolong dalam seni sastera.

susah

1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dan lain-lain), perasaan tidak senang:
pekerjaan makan gaji itu memang ~ pada mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang;

2. tidak mudah (mendapat, mencari, dan lain-lain sesuatu), sukar, sulit:
masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal;

3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita:
jangan ~, nanti ia akan kembali lagi;

4. serba kekurangan, miskin, papa:
~ dan senang kehidupan kaum keluarga, tidaklah menjadi penghalang kepada budak-budak itu bersuka ria;

5. kesukaran, kesulitan:
adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu;

bersusah
1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dengan susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu):
Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar memberitahu dunia luar bahawa dunia Arab bersatu dalam hal itu;

2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita:
dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi;

menyusahi menjadikan (mendatangkan) susah, mengganggui:
tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit;

menyusahkan
1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan:
aku tidak ada kerja dan itulah yang ~ aku;
kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dengan pengajaran penggunaan imbuhan yang kompleks;

2. menjadikan susah (sedih, risau, dan lain-lain), mendukacitakan, merisaukan:
tak usah menangis, apa pula yang disusahkan;

mempersusah menjadikan lebih susah:
jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah;

kesusahan
1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan:
separuh daripada ~ yang dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan;

2. menanggung susah, kepayahan:
janganlah kamu biarkan pada masa ia dalam ~ atau keuzuran.

suryakanta

kaca bulat untuk melihat sesuatu supaya kelihatan lebih besar daripada yang sebenarnya, kanta, lensa.

surut

1. kembali (ke asal dan lain-lain), balik (ke belakang), mundur:
kemudian mereka ~ ke belakang beberapa langkah;
~ kepada bekas isterinya
telah rujuk;
berlaku ~ dari dihitung kembali dari;
pantang ~ pantang mundur;

2. menjadi berkurang, reda (kemarahan dan lain-lain), susut:
marahnya yang memuncak-muncak tadi telah ~ dalam sekejap mata;
kian larut malam, kian ~ pula pertempuran itu;

3. = air ~ = pasang ~ air turun (selepas pasang atau naik):
mereka berjalan-jalan di tepi sungai yang kebetulan sedang ~;
akan ~ airlah gedang, akan lalu jalanlah semak
(peribahasa) sesuatu perkara yang serba susah (akan diteruskan susah dan akan ditarik kembali pun susah);

menyuruti
1. menjadikan berkurang, mengurangi, menyusuti;

2. rujuk dengan isteri (yang telah diceraikan), memulangi;

menyuruntukan
1. menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, mengundurkan:
pinang akan disuruntukan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang;

2. menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusuntukan:
hendaklah disuruntukan airnya dahulu barulah boleh dirapah;

3. mengurangkan (nyala api dan lain-lain), meredakan (marah, nafsu, dan lain-lain):
air yang dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disuruntukan apinya;
~ darah
menenangkan fikiran (hati, perasaan);

tersurut berbalik ke belakang, mundur (undur) ke belakang:
sebentar itu juga ia ~ ke belakang lalu jatuh;
~ fikiran
melepaskan niat;
~ hati tawar hati.