susah

1. perasaan tidak puas hati (kerana sukar, sulit, dan lain-lain), perasaan tidak senang:
pekerjaan makan gaji itu memang ~ pada mulanya, tetapi kalau sudah biasa kelak menjadi senang;

2. tidak mudah (mendapat, mencari, dan lain-lain sesuatu), sukar, sulit:
masa itu memang ~ hendak membeli kain baju, kalau adapun harganya mahal-mahal;

3. = ~ hati tidak senang hati, sedih hati, dukacita:
jangan ~, nanti ia akan kembali lagi;

4. serba kekurangan, miskin, papa:
~ dan senang kehidupan kaum keluarga, tidaklah menjadi penghalang kepada budak-budak itu bersuka ria;

5. kesukaran, kesulitan:
adalah suatu ~ kepadaku sebab tidak tahu bahasa Hindustan itu;

bersusah
1. = ~ payah = bersusah-susah melakukan sesuatu dengan susah payah, berpenat lelah (mengerjakan sesuatu):
Presiden Jamal Abdul Nasir telah ~ payah benar memberitahu dunia luar bahawa dunia Arab bersatu dalam hal itu;

2. = ~ hati berasa susah hati, berdukacita:
dia berharap mak cik tidak akan ~ lagi;

menyusahi menjadikan (mendatangkan) susah, mengganggui:
tak usah disusahi aku, bukannya apa-apa, aku cuma pening sahaja sedikit;

menyusahkan
1. menjadikan (seseorang) susah, menyukarkan, menyulitkan:
aku tidak ada kerja dan itulah yang ~ aku;
kanak-kanak kecil tidak perlu disusahkan dengan pengajaran penggunaan imbuhan yang kompleks;

2. menjadikan susah (sedih, risau, dan lain-lain), mendukacitakan, merisaukan:
tak usah menangis, apa pula yang disusahkan;

mempersusah menjadikan lebih susah:
jangan dibiarkan hati tersandung duka, jangan fikiran dipersusah;

kesusahan
1. perihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitan:
separuh daripada ~ yang dihadapi oleh manusia ialah ~ mencari makanan;

2. menanggung susah, kepayahan:
janganlah kamu biarkan pada masa ia dalam ~ atau keuzuran.

berkongsi