suruhanjaya

badan yang terdiri daripada beberapa orang (yang dilantik oleh kerajaan dan lain-lain) untuk melakukan tugas tertentu;
~ bebas badan yang ditubuhkan oleh kerajaan atau Parlimen yang dianggotai oleh orang yang bukan pegawai kerajaan;
S~ Diraja badan yang ditubuhkan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk menyiasat sesuatu perkara, peristiwa dan sebagainya secara bebas tanpa pengaruh pihak atasan;
S~ Perkhidmatan Awam badan yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan, kenaikan pangkat dan sebagainya untuk kakitangan kerajaan;
S~ Perkhidmatan Pendidikan badan yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan, kenaikan pangkat dan sebagainya untuk pegawai pendidikan;
S~ Pilihan Raya badan yang mentadbirkan pilihan raya;
S~ Sekuriti (Ekonomi) badan berkanun yang mengawasi pertumbuhan dan perjalanan pasaran modal di Malaysia.

suruh I

perintah (firman, titah) supaya melakukan sesuatu, lawan larangan:
hendaklah kita selalu mengerjakan ~ dan meninggalkan tegah Allah;

bersuruh-suruhan [sastera lama] utus-mengutus, berkirim-kiriman (utusan, wakil, dan lain-lain);

menyuruh
1. memberi perintah supaya melakukan sesuatu, meminta supaya (dilakukan sesuatu), mengarahkan:
tiap-tiap petang apabila saya berehat di serambi itu, kedua-duanya datang dan ~ saya melanjuntukan cerita itu;

2. memberi perintah supaya pergi (ke), meminta orang pergi (ke), mengirim, mengutus:
dari tadi dia sudah disuruh ke sekolah;
disuruh, pergi, dipanggil, datang
(peribahasa) perihal seseorang yang patuh menurut perintah;
belum disuruh, sudah pergi, belum dipanggil, sudah datang (peribahasa) perihal orang yang arif dan rajin;

menyuruh-nyuruh menyuruh berkali-kali (berulang kali), mendesak-desak (supaya seseorang melakukan sesuatu):
dia menjawab itu seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana datangnya;

menyuruhkan
1. menyuruh mengerjakan, memerintahkan:
ada kira-kira pukul dua belas malam, bangunlah mualim ~ segala kelasi membongkar sauh;

2. [sastera lama] mengirimkan (menghantarkan) ke, menyuruh pergi ke, mengutus:
sultan pun ~ utusan kepada segala raja yang di bawah angin ini;

tersuruh sudah disuruh;
~ pada orang yang akan pergi, terimbau (terpanggil) pada orang yang akan datang (peribahasa) menyuruh seseorang mengerjakan sesuatu yang sangat diingininya;

suruhan
1. sesuatu yang disuruh, perintah:
orang yang rajin mengerjakan ~ Tuhan itu akan terus ke syurga;

2. = pesuruh orang yang disuruh;
budak ~ = orang ~ orang yang disuruh-suruh, pembantu rumah, dan lain-lain;

3. = penyuruh [sastera lama] perihal menyuruh, perbuatan menyuruh:
adapun kami ke mari dengan ~ keramat wali Allah;

suruh-suruhan hamba yang disuruh-suruh;

penyuruhan [sastera lama] orang yang disuruh:
maka ~ Pangeran Depati itu pun datanglah menyambut Gusti itu;

pesuruh orang yang disuruh:
wakil seorang ~ telah diutus untuk memanggil Pak Amat;
~ Allah
Rasulullah, utusan Allah;

penyuruh
1. orang yang menyuruh;

2. [sastera lama] perbuatan menyuruh.

surplus

[Indonesia-Belanda] kelebihan (hasil dan lain-lain), lebih, sisa;
daerah ~ daerah yang berlebih hasilnya.

surin

1. sejenis tumbuhan (pokok), bengku, ketiau, mayang (medang) ketur, mitis, nyatuh tanjung, pujang, Ganua motleyana;

2. sejenis tumbuhan (pokok), betis mitis, putat bukit, seminai, Madhuca utilis;

3. sejenis tumbuhan (pokok), getah sundik, nyatuh, semaram, Payena havilandii;

4. sejenis tumbuhan (pokok), balam sundik, getah sundik, semaram, Payena leerii;

5. sejenis tumbuhan (pokok), Payena obscura.