susur I

tepi, pinggir;
~ bantal tepi bantal pada lintangnya;
~ daratan = ~ pantai bahagian tepi pantai atau dataran;
~ kota tembok kota yang di luar sekali;
~ tangan tempat berpegang pada titian dan lain-lain, selusur;
~ tangga tempat berpegang pada tangga, langkan;

menyusur
1. berjalan (belayar dan lain-lain) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi:
mereka belayar dengan perahu ~ pantai Pahang;

2. lalu sepanjang (jalan dan lain-lain), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dan lain-lain):
ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi;
kajian seterusnya akan ~ arah-arah yang berbeza;

menyusuri
1. menyusur:
mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai;
mereka berjalan ~ kaki lima;

2. [kiasan] mengikuti, meneliti:
saya susuri ceramah beliau dengan hati-hati;

susuran;
~ tangga susur tangga;

penyusur kapal ~ kapal yang menyusur pantai (singgah di pelabuhan kecil sahaja).

susur galur

salasilah keturunan, asal usul (seseorang atau sesuatu);

menyusur galur menyelidiki asal usul (hal dan lain-lain), mengusul;

menyusurgalurkan menyusun salasilah keturunan (asal usul seseorang atau sesuatu):
saya akan ~ sejarah pembakuan bahasa Melayu.

susup

~-sasap menyorok (masuk) ke sana ke mari:
pengganas yang ditembak itu lari ~ -sasap dalam hutan senduduk;

menyusup
1. menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu:
mereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai pagar berduri itu;
diparang ke bawah melompat ke atas, diparang ke atas ~ ke bawah;

2. masuk ke dalam (semak samun, belukar, hutan, orang ramai, dan lain-lain), merempuh ke dalam:
ia cuba ~ di celah-celah orang ramai yang berpusu-pusu di kaki lima;

3. meresap masuk (sampai ke dalam), menyerap:
dingin malam ~ sampai ke tulang;

4. masuk dengan bersembunyi-sembunyi atau diam-diam (dalam kalangan musuh dan lain-lain), menyeludup masuk:
ia ~ sampai ke dalam pertahanan musuh;

menyusupi
1. masuk dengan cara menyusup:
kerajaan boleh melakukan tindakan ~ pertubuhan sukarela di seberang laut;

2. meresap masuk ke, meresapi:
di luar, angin malam bertiup berat, ~ celah-celah dinding;

menyusupkan
1. memasukkan (menyorokkan) ke bawah atau di celah-celah sesuatu:
ia ~ surat itu ke bawah tilam;

2. menyorokkan, menyeludupkan:
salah seorang daripada mereka berhasil ~ surat kepadaku;

3. [kiasan] memasukkan sesuatu (ke dalam sesuatu) secara tidak ketara:
maka agak sukar bagi orang itu ~ ajaran agamanya;

kesusupan kemasukan sesuatu ke dalam (daging dan lain-lain), kesisipan, kesisiran;

penyusupan perbuatan menyusup atau menyusupkan, penyeludupan:
percubaan mereka dengan melakukan ~ dan serangan-serangan dalam gerombolan-gerombolan kecil ternyata tidak memberi bekas sama sekali; ~ kebudayaan Barat dalam Islam;

penyusup orang yang menyusup masuk (secara diam-diam), penyeludup:
kedua-dua ~ itu tidak bersenjata apabila ditangkap.

susun lapis

pembahagian sesuatu kepada beberapa peringkat kelas, golongan, lapisan dan sebagainya:
~ sosial;

bersusun lapis terbahagi kepada beberapa kelas, golongan, lapisan dan sebagainya yang berlainan:
orang Melayu di peringkat tempatan telah ~, sama ada dari segi status ataupun kelas.

susun II

~ kelapa
a) sejenis tumbuhan (pokok renek), susuh ayam, Tabernaemontata divaricata;
b) sejenis tumbuhan (pokok renek), lada-lada, Tabernaemontata malaccensis;
c) sejenis tumbuhan (pokok renek), lada-lada, Tabernaemontata peduncularis.

susun I

1. longgok yang teratur (berlapis-lapis, bertindih-tindih);

2. tingkat, (se)perangkat barang yang bertingkat-tingkat (pinggan, mangkuk, tepen, dan lain-lain):
ia membeli pinggan se~;

3. rangkai, untai (sajak);
se~ sajak;

4. rangkap berlapis (kelopak bunga mawar dan lain-lain);
~ atur cara menyusun dan mengatur sesuatu seperti perabot, hiasan dan sebagainya dalam sesuatu ruang, taman dan sebagainya mengikut pelan yang dikehendaki;

bersusun
1. berlonggok bertindih-tindih (yang satu di atas yang lain):
beberapa keping atap zink masih ~ di bawah rumahnya;

2. terletak atau teratur baik-baik (berbaris-baris, berturut-turut, dan lain-lain):
nama-nama itu harus dicatat ~ menurut abjad;

3. kalimat ~ [Indonesia] (Linguistik) dua tiga ayat yang dipadukan menjadi satu;

4. [sastera lama] berikut, bersusul:
Ahad ~ dengan Isnin;

bersusunsusun terletak dalam beberapa banyak susun, berlapis-lapis, bertingkat-tingkat:
kereta kelihatan ~ di perkarangan rumah itu;
maka segala perahu hulubalang pun tampil, ~ rupanya;

menyusun
1. meletakkan berlapis-lapis (bertindih-tindih, yang satu di atas yang lain), menaruh berlapis-lapis:
ia sedang ~ buku di atas meja;

2. mengatur baik-baik, meletakkan beraturan, merencanakan:
sekarang kami tengah ~ rancangan lima tahun yang kedua;

3. mengatur (karangan dan lain-lain), menggubah:
Antologi Cerita Pendek Sebelum Perang Dunia Kedua, disusun, dikaji dan diberi kata pengantar oleh Ali Hj. Ahmad;
~ acara
mengatur acara;
~ barisan (pasukan dan lain-lain) mempersiapkan barisan (pasukan dan lain-lain);
~ huruf mengatur huruf (dalam percetakan);
~ jari = ~ jari sepuluh menangkupkan kedua-dua belah tapak tangan seperti hendak menyembah;
~ kalimat [Indonesia] mengatur kata-kata untuk dijadikan ayat;
~ kamus membuat (mengarang) kamus;
~ laporan (rancangan, undang-undang, dan lain-lain) membuat laporan (rancangan, undang-undang, dan lain-lain);

menyusunkan menyusun sesuatu untuk, mengaturkan;

tersusun sudah disusun (diatur, disiapkan) baik-baik atau dengan teratur:
beberapa buah buku ~ rapi di atas meja;
kata-katanya ~ indah;

susunan
1. timbunan (barang) yang bertindih-tindih, longgok yang bertindih-tindih:
~ batu bata;

2. sesuatu yang disusun (diatur dan lain-lain), sesuatu yang letaknya bersusun:
nama mereka ditulis dalam daftar itu mengikut ~ abjad;
jari bagai ~ sirih;
~ buku-buku di dalam almari itu kelihatan kemas dan rapi;

penyusunan perihal menyusun:
suatu kesempatan untuk para peserta mengkaji sendiri tentang ~ dan peranan Bangsa-Bangsa Bersatu;
~ kembali sejarah Malaysia;

penyusun
1. orang yang menyusun (mengatur, menyediakan sesuatu, dan lain-lain):
Wilkinson dan ~ kamus lainnya ikut menggunakan perkataan utas dengan pengertian pandai atau tukang dalam kamus mereka;
~ huruf
orang yang kerjanya menyusun huruf (dalam percetakan);

2. alat untuk menyusun.

susul

menyusul
1. mengikuti (mengejar) sesuatu yang terdahulu (untuk menyaingi atau mendahuluinya):
ia dapat diselamatkan kalau lekas disusul;

2. mengikut di belakang, mengekori:
dia masuk ke dalam rumah disusul dari belakang oleh anaknya;

3. ikuti (datang) kemudian:
biarlah aku pergi sendirian dahulu, nanti kau dapat ~;

4. mengekori, mengikuti jejak:
ia mengambil teksi untuk ~ dari belakang supaya dapat mengetahui ke mana abangnya pergi;

5. mengikuti, melanjuntukan, menyambung, menyertai:
setelah selesai segala pelajarannya Awang Sulung pun dikhatankan, disusul pula dengan mengasah gigi;

6. (yang) akan datang, (yang) akan muncul:
dalam musim panas yang ~, batang itu tumbuh memanjang dan mengeluarkan daun;

7. menyelidiki atau mengusuli sesuatu (supaya dapat menjumpai sesuatu dan lain-lain):
kebudayaan orang Thai dapat disusul ke zaman permulaannnya;

8. menyambung (surat yang terdahulu):
kerana surat yang pertama tidak berbalas, lalu disusul pula dengan surat yang kedua;

9. keluar menyambut kedatangan orang, mengalu-alukan, menyongsong:
dia berlari-lari anak turun tangga ~ ibunya yang sedang masuk ke halaman;

menyusuli
1. menuruti sesuatu yang terdahulu, mengikuti, mengiringi:
tidak lama kemudian kedengaran ia mengangkat takbir yang disusuli dengan bacaan Fatihah;

2. mendatangi (mengikuti) kemudian, mengekori:
kata ku dan kau tidak ditulis terpisah daripada kata dasar pasif yang ~nya;

3. memberi tambahan, menambahi;

menyusulkan
1. menjadikan (membiarkan) menyusul, membawa pergi dan lain-lain kemudian, membawa menyusul:
kuminta kepada ayah supaya ayah ~ aku bekerja di kantor residen Ambon ini;

2. memperikuntukan, memasukkan (dalam surat dan lain-lain) supaya turut, melampirkan (surat dan lain-lain), menambahkan (sebagai keterangan, lanjutan, dan lain-lain);

susulan
1. sesuatu yang menyusul (datang kemudian dan lain-lain):
kemudian terdengar ~ siulan bom jatuh bertubi-tubi;

2. sesuatu yang disusulkan, lampiran, tambahan;

3. = angin ~ ark angin yang berlawanan dengan arah perahu dan lain-lain, angin sakal;

penyusulan perbuatan menyusul.