sut III

1. [Kedah], [Kelantan] hujung, penghabisan;

2. yang penghabisan (terakhir) sekali.

sut I

1. bunyi seperti bunyi daun buluh ditiup angin;

2. [kata seru] (seakan-akan siulan) untuk menyuruh orang diam.

susyi

sejenis makanan Jepun berupa nasi bersalut dan diletakkan lauk, terutamanya ikan mentah di bahagian atas atau di dalamnya.

susut nilai

1. (Ekonomi) turunnya nilai barang modal seperti mesin dan bangunan kerana telah usang, rosak atau haus;

2. (Ekonomi) jatuhnya nilai suatu mata wang dalam sebutan mata wang lain;

3. berkurang atau merosot nilainya (berkenaan (dengan) barang, modal dan sebagainya):
mesin itu akan ~ setelah digunakan selama beberapa tahun;

menyusutnilaikan menyebabkan barang, modal dan sebagainya susut nilai: mereka perlu menganggarkan berapa tahun untuk ~ harta syarikat.

susut I

1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dan lain-lain sesuatu):
harga jentera ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak 10 peratus;

2. menjadi lebih pendek (kecil dan lain-lain), mengecut (kain dan lain-lain), mengerut:
kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh;

3. turun paras permukaannya (air dan lain-lain), surut:
berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dari baldi itu?

4. menjadi kurus (badan dan lain-lain):
anak yang begitu subur badannya sekarang mulai ~;
agung ~, pongah masih
(peribahasa) orang berbangsa yang telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga;

menyusut menjadi susut, berkurang;

menyusuti menjadikan berkurang, mengurangi:
sejak bercerai dengan Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yang nyata, melainkan ~ yang telah ada;

menyusuntukan menjadikan susut, mengecilkan, mengurangkan:
jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung;

susutan (Ekonomi) kemerosotan nilai barang (yang dipergunakan dalam perusahaan atau perniagaan);

kesusutan perihal susut, kekurangan, kemerosotan;

penyusutan perihal menyusuntukan (mengurangkan, mengecilkan), pengecilan, pengurangan.