[Kelantan] gelap dan sunyi senyap (kerana ketakutan).
Category Archives: Kamus Dewan Online
suun
[Cina] sejenis makanan seperti mihun tetapi lebih halus (biasanya sebagai perencah sayur).
sutur
(Perubatan)
1. benang, dawai halus dan sebagainya yang digunakan untuk menjahit luka atau insisi pada bahagian tubuh;
2. jahitan pada bahagian luka atau insisi selepas pembedahan.
sutuh
[Arab] atap rumah yang rata yang diperbuat daripada batu dan dilapisi dengan tanah.
sutradara
[Indonesia] pemimpin (pengatur) sesuatu lakonan (filem dan lain-lain), pengarah;
menyutradarakan memimpin (mengatur) sesuatu lakonan (filem dan lain-lain), mengarah;
penyutradaraan perihal (proses) menyutradarakan (mengarah) sesuatu lakonan, filem, dan sebagainya.
sutil
[Jawa] sejenis sudip untuk membalik-balikkan benda yang digoreng dan lain-lain.
suter
1. sejenis benang yang lembut dan halus yang didapati daripada sejenis ulat;
ulat ~ sejenis ulat rama-rama Bombyx mori yang mengeluarkan benang sutera;
2. kain atau cita yang dibuat daripada benang sutera;
~ kembang sutera yang bersulam;
~ buatan = ~ tiruan sutera yang dibuat secara kimia;
jual ~, beli mastuli (peribahasa) kehilangan yang berharga, mendapat yang lebih baik (lebih berharga);
seperti ~ dalam lukisan (peribahasa) sesuatu yang sudah bagus beroleh darjat atau tempat yang bagus pula.
suten
bersuten [Indonesia], [bahasa percakapan] mengundi (dengan mengadu jari beramai-ramai) untuk menentukan siapa yang akan bermain dan lain-lain dahulu;
= sut II.
sutan
[Minangkabau]
1. gelaran kaum bangsawan:
berapa banyaknya orang Darat yang berbini di sini, jadi menantu S~-S~ dan Marah-Marah;
2. awal nama gelaran:
sebenarnya ia bergelar S~ Baginda;
bersutan ~ di mata, beraja di hati membuat sekehendak hati;
bersutan-sutan berasa megah atau sombong kerana kebangsawanannya.
sut IV
1. satu set pakaian luar daripada bahan (kain) yang sama, untuk lelaki terdiri daripada seluar dan jaket atau weskot dan untuk perempuan terdiri daripada skirt atau seluar dan jaket;
2. selengkap pakaian Melayu (lelaki dan perempuan) yang sedondon.