susut I

1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dan lain-lain sesuatu):
harga jentera ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak 10 peratus;

2. menjadi lebih pendek (kecil dan lain-lain), mengecut (kain dan lain-lain), mengerut:
kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh;

3. turun paras permukaannya (air dan lain-lain), surut:
berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dari baldi itu?

4. menjadi kurus (badan dan lain-lain):
anak yang begitu subur badannya sekarang mulai ~;
agung ~, pongah masih
(peribahasa) orang berbangsa yang telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga;

menyusut menjadi susut, berkurang;

menyusuti menjadikan berkurang, mengurangi:
sejak bercerai dengan Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yang nyata, melainkan ~ yang telah ada;

menyusuntukan menjadikan susut, mengecilkan, mengurangkan:
jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung;

susutan (Ekonomi) kemerosotan nilai barang (yang dipergunakan dalam perusahaan atau perniagaan);

kesusutan perihal susut, kekurangan, kemerosotan;

penyusutan perihal menyusuntukan (mengurangkan, mengecilkan), pengecilan, pengurangan.

berkongsi