tepi, pinggir;
~ bantal tepi bantal pada lintangnya;
~ daratan = ~ pantai bahagian tepi pantai atau dataran;
~ kota tembok kota yang di luar sekali;
~ tangan tempat berpegang pada titian dan lain-lain, selusur;
~ tangga tempat berpegang pada tangga, langkan;
menyusur
1. berjalan (belayar dan lain-lain) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi:
mereka belayar dengan perahu ~ pantai Pahang;
2. lalu sepanjang (jalan dan lain-lain), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dan lain-lain):
ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi;
kajian seterusnya akan ~ arah-arah yang berbeza;
menyusuri
1. menyusur:
mereka berjalan lambat-lambat ~ pantai;
mereka berjalan ~ kaki lima;
2. [kiasan] mengikuti, meneliti:
saya susuri ceramah beliau dengan hati-hati;
susuran;
~ tangga susur tangga;
penyusur kapal ~ kapal yang menyusur pantai (singgah di pelabuhan kecil sahaja).