susuk II

1. sejenis pasak atau baji (untuk mengetatkan rasuk dan lain-lain), penyemat (baju dan lain-lain), susuh, tusuk;
~ igu pasak untuk melekatkan igu;
~ kondai = ~ sanggul penyemat sanggul;

2. jarum emas dan lain-lain yang dimasukkan ke dalam kulit muka dan lain-lain untuk memaniskan rupa;

3. lubang tempat memasukkan sesuatu (butang dan lain-lain);
~ baju lubang tempat kancing baju;
~ pelipit tempat meletakkan geligin (pada alat tenun);

bersusuk
1. memakai susuk, berpasak;

2. memakai susuk untuk pemanis;

bersusuk-susuk, bersusuk-susukan berasak-asakan (kerana terlalu ramai dan lain-lain);

menyusuk
1. mencucuk, menusuk;

2. memasukkan jarum emas dan lain-lain dalam kulit untuk memaniskan.

berkongsi