1. buah dada, tetek, kopek;
hujung ~ = mata ~ = pentil ~ = puting ~ bahagian hujung susu;
ruang ~ ruang di antara dua buah dada;
2. = air ~ air berwarna putih yang keluar dari buah dada;
binatang ~ binatang yang dipelihara untuk mendapat susu;
kepala ~ lemak yang kental pada air susu;
kilang ~
a) kilang tempat memproses susu;
b) bahagian badan yang menghasilkan susu;
lapar ~ mahu susu (anak kecil);
3. cairan yang menyerupai air susu yang diperoleh dari tumbuhan (pokok getah, tuba, dan lain-lain):
selepas pokok getah berumur 30 tahun ~nya akan berkurang;
~ badan susu ibu;
~ (ber)formula susu tepung yang disediakan mengikut formula khusus untuk golongan tertentu seperti bayi, ibu mengandung dan sebagainya;
~ bundar buah dada (perempuan) yang bulat dan cekang;
~ berlemak susu asli yang tidak diproses (masih mengandungi lemak aslinya);
~ bubuk susu tepung;
~ cair sejenis susu yang agak kental yang dibuat dengan jalan pengewapan dengan tekanan dan suhu tinggi;
~ ibu susu dari buah dada;
~ kaleng = ~ kalengan [Indonesia] susu yang telah diproses dan diisikan dalam tin;
~ kopek = ~ lanjut buah dada yang labuh;
~ macan [bahasa percakapan] sejenis minuman daripada air susu yang dicampur dengan minuman keras;
~ pekat susu yang dipekatkan dan dibubuh gula;
~ tanpa lemak susu yang lemaknya telah dikeluarkan;
~ tepung sejenis susu yang diproses menjadi tepung;
~ tin susu dalam tin;
~ di dada tak dapat dielakkan (peribahasa) nasib seseorang itu tidak boleh ditolak (baik atau jahat);
air ~ dibalas dengan air tuba (peribahasa) kebaikan dibalas dengan kejahatan;
seperti ~ dengan sakar (peribahasa)
a) dua hal yang bersetujuan benar;
b) aturan yang masih tetap berlaku dan dipakai;
menyusu menghisap susu:
budak itu sudah tidak mahu ~;
gajah ~ (binaan) atap atau sengkuap yang bersambung dengan rumah;
menyusui memberi minum susu kepada:
binatang mamalia ~ anaknya yang masih kecil;
menyusukan
1. menyusui:
mereka menyerahkan kanak-kanak yang baru lahir kepada perempuan lain untuk disusukan;
2. membiarkan menghisap susu (menyusu);
susuan
1. yang diberi susu, yang disusui;
anak ~
a) anak yang masih menyusu;
b) anak orang yang disusui;
saudara ~ saudara kerana menyusu dari perempuan yang sama;
2. puting susu yang dibuat daripada getah (sebagai ganti susu ibu):
yang seorang masih lekat ~ di mulutnya;
penyusuan perihal (perbuatan) menyusui:
pemendekan tempoh ~ bayi boleh membahayakan kesihatannya;
penyusu orang yang menyusui, pengasuh, inang:
Muhammad besar di bawah peliharaan ~nya itu.