antep

[Jawa] berat, antap;

mengantepi
1. mempercayai, memegang teguh pada, sangat setia kepada;

2. membiarkan, mendiamkan sahaja.

antenatal

sebelum bersalin, semasa mengandung:
kehamilan yang tidak mendapat jagaan ~ yang lengkap.

antelop

binatang berkaki dan bertanduk panjang yang seakan-akan rusa, dan boleh berlari pantas (terdapat di Afrika dan Asia).

antat II

sejenis tumbuhan (pokok), kenanga hutan, lidah-lidah, pacal kuning, Alangium ebenaceum.

antat I

[sastera lama] hantar;

mengantat menghantar:
Yang Dipertuan pun menyuruh ~ sirih dengan perhiasan.