antara muka

(Komputer) bahagian (peranti, sambungan, dan lain-lain) yang menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, sistem, dan lain-lain yang berlainan untuk membolehkan pertukaran maklumat dilakukan;
~ analog sambungan pada komputer yang boleh menerima peranti analog;
~ bas litar atau peranti yang berfungsi memadankan atau menyambungkan alat lain pada sistem bas;
~ bersiri antara muka yang membolehkan maklumat dihantar satu per satu melalui saluran tunggal;
~ Centronics antara muka piawai untuk menyambungkan komputer dengan pencetak selari;
~ digital sambungan yang membolehkan komputer menerima peranti digital;
~ pengguna penentuan dan peraturan komputer yang membolehkan pengguna mudah berinteraksi dengan komputer;

pengantaramukaan proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dan lain-lain yang berlainan supaya dapat saling berhubung.

antara

1. sela, jarak (di tengah dua benda):
dua pokok itu, ~nya tiga depa;

2. berada di tengah-tengah (dua jarak waktu, keadaan, dan sebagainya):
~ pukul 3.00 dan 4.00 petang;
~ kuning dan hijau;
~ tidur dengan jaga;

3. selang waktu, masa dari satu saat ke saat lain:
sejam ~nya datanglah ia;

4. di tengah-tengah kumpulan (golongan dan lain-lain):
pilih ~ dua ini;

5. = di ~ dalam ruang yang memisahkan (dua atau lebih titik, benda, dan sebagainya):
~ dua bangunan itu terdapat lorong kecil;
jarak ~ filem dan arca;

6. yang melibatkan, berkaitan, dan sebagainya dengan:
perhubungan ~ bahagian-bahagian;
perhubungan ~ kedua-dua negara itu semakin pulih;
kerjasama ~ kita;
perlanggaran ~ dua buah kereta;
perbandingan ~ kedua-dua tokoh terkenal itu;

7. dalam lingkungan:
kanak-kanak yang berumur ~ lima hingga sepuluh tahun;
~ satu hingga dua minggu;
diajarkan ~ sepuluh hingga dua puluh nama benda;

8. kepada setiap orang dan sebagainya, di kalangan:
barang-barang itu dibahagi-bahagikan ~ mereka;

9. termasuk dalam sesuatu kumpulan (bilangan, kelas, dan sebagainya):
itulah ~ beberapa perkara yang perlu dilaksanakan;

10. sementara, dalam pada itu:
ingat ~ belum kena;

11. tentang, dekat dengan, tidak jauh dr:
selepas beberapa hari lamanya maka sampailah ~ Mokha;

12. kira-kira, lebih kurang:
~ sepuluh orang tertangkap kerana merompak;
~ lain
= ~nya salah satu daripada (hal-hal dan lain-lain);

berantara
1. mempunyai antara (selang, sela):
rumah ini ~ empat meter dengan rumah itu;

2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta:
perubahan itu dibuatnya dengan ~;
tiada ~ lagi
tidak berhenti-henti, terus-menerus;
dekat tak tercapai, jauh tak ~ (peribahasa) sesuatu yang dekat dengan kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya;

mengantara menjadi orang tengah;

mengantarai
1. membuat antara, memisahkan:
ada suatu sungai yang ~ kedua-dua negeri itu;

2. bertindak sebagai orang tengah, menjadi pengantara:
ia yang ~ perselisihan itu;

perantaraan
1. perihal mengantarai (bertindak sebagai orang tengah):
dalam pertikaian antara Malaysia dengan Indonesia diminta ~ dari negeri Siam;

2. penghubung (antara dua orang dan lain-lain):
saya kirim surat ini dengan ~ kawan saya;

3. = dengan ~ dengan jalan, melalui:
kursus itu diberikan dengan ~ radio;

4. [arkaik] hubungan (pertalian, pergaulan):
~ dengan majikannya sudah kurang baik;

pengantaraan tindakan mengantarai (menjadi orang tengah):
pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu diselesaikan dengan ~ Tok Penghulu;

pengantara, perantara orang tengah, penghubung (dalam perundingan dan lain-lain):
dia hanya berlaku sebagai ~ dalam perselisihan saya dengan Leman.

antar-

[Indonesia] awalan asing dalam lingkungan atau hubungan yang satu dengan yang lain, misalnya antarbenua dan antarkelompok, antara.

antap II

[Minangkabau] tenang, diam, senyap;

mengantapkan menenangkan, mendiamkan (anak menangis dan lain-lain):
antapkanlah anakmu itu.

antan

penumbuk padi, alu;
~ patah lesung hilang (peribahasa) tertimpa berbagai-bagai kecelakaan (kesusahan);
bagai ~ pencungkil duri = canggung seperti ~ dicungkilkan duri (peribahasa) melakukan pekerjaan yang sia-sia;
bertelingkah ~ di lesung, ayam juga yang kenyang (peribahasa) berselisih antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain yang beruntung;
bertelingkah bagai ~ di lesung (peribahasa) orang yang sama sepekerjaan itu, jikalau bersalahan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya.

antah I

butir-butir padi dalam beras atau nasi, gabah;
~ berkumpul sama ~, beras bersama beras = bersisih ~ dengan beras (peribahasa) terasing orang miskin (hina) daripada orang kaya (mulia);
janjian ~ tiada ceruh (peribahasa) nasib yang malang tidak akan baik, malang juga selamanya;
laksana ~ melukut (lemukut), lapar sangat baru berguna (peribahasa) barang sesuatu yang tidak berharga dan kurang baik berguna juga dalam masa kekurangan;
tidak tahu ~ terkunyah (peribahasa) tidak berasa bahawa telah melakukan sesuatu yang tidak patut.