dasar menentang (tidak menyokong) sistem politik di Afrika Selatan yang mengasingkan orang daripada berbagai-bagai kaum melalui undang-undang.
Category Archives: Kamus Dewan Online
antiagama
menentang agama.
anti II
[Arab] kamu (merujuk kepada seorang perempuan):
Munirah, ~ dengarlah dulu cakap ana ni.
anti I
tidak suka:
jangan ~ pada pembangunan;
tunjuk perasaan ~-Rusia.
anti
– awalan asing tidak menyetujui, melawan, membantahi, menentang, misalnya antikerajaan dan antisosial.
anteseden
1. sesuatu (peristiwa, keadaan dan sebagainya) yang berlaku atau wujud sebelum sesuatu (peristiwa, keadaan dan sebagainya) yang lain, yang masing-masing berkaitan antara satu sama lain:
satu lagi ~ harga diri ialah pencapaian akademik;
2. (Linguistik) kata, frasa, atau klausa yang dirujuk oleh kata ganti nama yang mengikutinya, misalnya Shuhada ialah anteseden bagi dia dalam ayat meskipun Shuhada lulus peperiksaan itu, dia gagal mendapat tempat di universiti.
antero
seantero seluruh, segenap:
~ dunia.
anterior
(Biologi)
1. terletak berhampiran dengan bahagian hadapan, atau di bahagian hadapan sesuatu struktur yang lain, pada tubuh:
sesungut terletak di bahagian ~ lipas;
2. terletak paling jauh dari batang utama (berkenaan (dengan) bahagian bunga atau daun).
anter II
[Indonesia] hantar.
anter I
(Biologi) bahagian stamen yang mengandungi debunga, cepu debunga.