(Perubatan) bahan (protein) yang apabila disuntikkan ke dalam tubuh merangsangkan pengeluaran antibodi.
Category Archives: Kamus Dewan Online
antienzim
(Biologi) bahan yang dapat merencatkan aktiviti sesuatu enzim.
antiemetik
(Perubatan) bahan yang mencegah muntah atau melegakan rasa loya.
antidot
1. ubat penawar;
2. sesuatu (usaha, tindakan, dan lain-lain) yang mengubah atau mengatasi sesuatu situasi yang kurang baik.
antidiuretik
(Perubatan) bahan yang menghalang pengeluaran air kencing.
antidepresan
(Perubatan) yang digunakan untuk melegakan kemurungan.
antidadah
menentang segala kegiatan dan amalan yang berkaitan dengan najis dadah (seperti penghasilan, pengedaran, penggunaan dan lain-lain najis dadah):
pakar-pakar dan pejuang ~;
kempen ~ usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah.
antibodi
(Perubatan) sejenis bahan yang terbentuk dalam darah dan dapat menghalang tindakan atau memusnahkan bakteria yang memudaratkan atau membahayakan tubuh.
antibiotik
(Perubatan) sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma yang boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikroorganisma lain seperti bakteria (digunakan dalam rawatan penyakit berjangkit pada manusia, binatang, dan tumbuhan).
antibakteria
bersifat menentang atau membasmi bakteria:
minyak itu mempunyai kesan ~.