antiklimaks

keadaan yang menjunam atau turun secara tiba-tiba kesannya (keistimewaannya dan lain-lain) daripada suatu keadaan atau aliran yang memuncak, penurunan yang berbeza sama sekali daripada aliran memuncak sebelumnya.

antiketuk

sejenis bahan yang ditambahkan kepada bahan api kenderaan bermotor untuk mencegah atau mengurangkan bunyi bising enjinnya.

antikarat

mencegah atau mengelakkan berlakunya karat:
minyak ini juga mempunyai kuasa melawan pemburukan dan mengandungi ciri-ciri khas ~.

antik

1. berasal dari zaman dahulu atau lampau sebagai perbandingan dengan zaman moden:
kedai itu menjual barang-barang ~;

2. = barang-barang ~ barang-barang seperti perabot atau hasil seni lain yang dihasilkan dalam zaman lampau yang dikumpul dan dinilai kerana kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya):
penggemar ~;

keantikan sifat antik:
~ perabot itu dapat dikesan daripada reka bentuknya.

antih

mengantih memintal benang;

pengantihan perbuatan mengantih, pemintalan benang.