asal usul

1. salasilah, asal keturunan (seseorang);

2. peringkat awal atau permulaan:
ahli sains yang cuba mengkaji ~ manusia;

3. sebab yang mula-mula, punca:
~ pertikaian yang berlarutan;

mengasalusulkan menghuraikan asal usul:
kisah yang ~ raja-raja Kedah yang tersebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa.

asal

1. mula(nya), yang mula-mula (pertama) sekali:
adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata;
bentuk ~ bangunan itu dikekalkan;
rancangan ~;

2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan:
dari mana ~nya budak ini?

3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan
a) dengan syarat, apabila:
kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai;
buatlah apa yang patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain;

b) sebaik saja, setiap … saja:
~ dapat gaji terus berjoli;
~ ada kecil pun jadi (pada)
(peribahasa) kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai);
~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan (peribahasa) tabiat orang tidak akan berubah;
~ berisi tembolok senang hati (peribahasa) apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati;
~ ditugal adalah benih (peribahasa) janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan;
usul menunjukkan ~ (peribahasa) kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya);
usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan (peribahasa) dalam segala hal, haruslah ditilik puncanya;

berasal
1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di):
orang itu ~ dari Kedah;

2. keturunan (dr):
raja itu ~ dari raja Melaka;

3. berbangsa, keturunan baik-baik:
orang yang ~;

mengasalkan = ~ kepada memulangkan kepada, mengembalikan kepada (asal, keadaan semula);

diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);

asalan (Matematik) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pada garis satah atau dalam ruang.

asak

padat, sesak;
se~ nasi penuh mulut dengan nasi;

berasak 1. = berasak-asak = berasak-asakan berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal):
orang ~ menaiki bas;
mereka ~ hendak membeli tiket;

2. berpindah, berengsot, bergeser:
pagi tadi ia tidak ~ dari tempatnya;

mengasak
1. mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal:
pada masa dahulu, meriam diasak dengan sabut sebelum dicucuh;

2. mendesak, menolak (dan menghimpit):
di belakang mereka orang ramai ~ ke hadapan;

3. menganjak, memindahkan;

4. [kiasan] menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan:
pertanyaan demi pertanyaan ~ benak Matakob;
diasak layu, dicabut mati
(peribahasa) sesuatu yang tetap dan tidak dapat diubah lagi;
sebagai ayam diasak malam (peribahasa) tidak berdaya lagi;

mengasakkan
1. memasukkan dan menekan-nekan supaya padat, menjejalkan:
~ kekabu ke dalam bantal;

2. mendesakkan:
dia ~ dirinya di antara orang ramai yang berkumpul itu;

asakan perihal mengasak, keadaan berasak-asakan, desakan:
dalam ~ orang ramai yang tidak ketentuan arah itu, percubaannya sia-sia sahaja.

asai

1. sejenis binatang kecil yang memakan kayu, bubuk:
rumah papan yang telah dimakan ~;

2. lapuk (dimakan bubuk).

asahhu

[Arab] lebih benar (berkenaan (dengan) suatu pendapat ulama yang lebih kuat daripada pendapat lain):
menurut kaul yang ~, haram suami menafikan anaknya itu.

asah I

gosok (untuk menajamkan, meratakan, melicinkan, dan lain-lain):
~ bulat, ~ lentik, ~ papan, ~ repang, ~ runcing, ~ sayap kumbang (cara-cara mengasah gigi);
calak-calak ganti ~ (peribahasa) barang apa yang dipakai untuk sementara sebelum ada yang lebih baik;

berasah sudah diasah, sudah digosok (dicanai dan sebagainya);

mengasah
1. menajamkan, mengilir:
~ pisau;

2. mencanai, menyerodi:
~ batu cincin;

3. menggosok (untuk meratakan, melicinkan, dan lain-lain):
~ gigi;

4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dan sebagainya):
keputusan yang baik dapat digunakan untuk ~ kecenderungan seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan;
~ bakat
memupuk dan mengembangkan bakat;
~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dan sebagainya);
~ hati memanaskan hati;
belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga (peribahasa) berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga;

asahan
1. yang telah diasah;

2. yang digunakan untuk mengasah:
batu ~;

pengasahan perihal (perbuatan dan lain-lain) mengasah;

pengasah
1. alat untuk mengasah;

2. orang yang mengasah.

asad

[Arab], [sastera lama] singa, (sering kali juga) harimau;
~ pahlawan pahlawan yang berhati singa.