asep

[Indonesia-Belanda] [bahasa percakapan] keterangan yang menyatakan hendak membayar.

aseksual

(Biologi)

1. tidak melibatkan aktiviti atau hubungan seks;

2. tidak mempunyai alat jantina atau organ seks yang jelas;

3. tidak melibatkan percantuman sel pembiakan jantan dengan sel pembiakan betina:
pembiakan ~.

ASEAN

akronim bagi Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yang dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura untuk menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih erat, terutamanya dalam bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial).

ASCII

akronim bagi American Standard Code for Information Interchange atau (Kod Piawai Amerika bagi Saling Tukar Maklumat).

asbestos

bahan yang dijadikan kepingan-kepingan yang dapat menyekat haba atau kepanasan dan biasanya digunakan untuk bumbung atau siling rumah.