asetisisme

cara hidup yang langsung tidak mementingkan kenikmatan, keselesaan atau kemewahan hidup duniawi.

asetilena

(Kimia) gas hidrokarbon tidak tepu yang tidak berwarna yang digunakan sebagai bahan api (mis pada api oksiasetilena).

asetaldehid

(Kimia) sejenis cecair yang tidak berwarna, meruap, dan digunakan sebagai pelarut dan agen penurunan.

aset

1. wang tunai dan harta benda (seperti tanah, bangunan, dan lain-lain) yang dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dan lain-lain);

2. ciri, sifat istimewa, dan lain-lain yang bernilai atau berguna (pada seseorang dan lain-lain);
~ benar (Ekonomi) aset berbentuk fizikal, seperti bangunan dan jentera, yang tidak mudah ditukarkan kepada wang tunai;
~ berisiko (Ekonomi) aset bank yang nilainya tertakluk kepada perubahan harga pasaran atau perubahan kualiti kredit pelanggan, misalnya saham syarikat;
~ bersih (Ekonomi) lebihan jumlah nilai aset daripada jumlah liabiliti atau tanggungan;
~ bukan kewangan (Ekonomi) aset yang tidak merupakan tuntutan untuk menerima sejumlah tetap wang tunai seperti mesin, bangunan, tanah, dan lain-lain;
~ cair (Ekonomi) wang atau aset lain yang boleh ditukarkan dengan segera kepada tunai;
~ cepat (Ekonomi) aset semasa yang boleh ditukarkan kepada wang tunai dalam tempoh yang singkat (biasanya satu bulan);
~ fizikal = ~ ketara (Ekonomi) aset seperti tanah, bangunan, kereta, mesin, dan lain-lain yang benar-benar wujud (boleh disentuh atau dilihat);
~ kewangan (Ekonomi) aset yang merupakan tuntutan untuk menerima sejumlah tetap wang tunai;
~ modal (Ekonomi) aset ketara dan tak ketara yang digunakan untuk menjalankan aktiviti sesuatu organisasi;
~ pasif (Ekonomi) aset yang tidak menjanakan pendapatan;
~ semasa (Ekonomi) wang atau aset lain yang mudah ditunaikan atau dijual;
~ tak ketara (Ekonomi) aset yang tidak wujud secara fizikal (seperti paten, hak cipta, dan lain-lain) tetapi memberi hak kepada pemiliknya untuk menerima bayaran atau faedah lain;
~ terakru (Ekonomi) aset daripada hasil yang telah diperoleh, tetapi bayarannya belum diterima;
~ tetap
(Ekonomi) aset yang digunakan berterusan dalam aktiviti sesebuah organisasi;
~ tunai (Ekonomi) aset dalam bentuk tunai, termasuk wang di tangan, simpanan di bank dan sebagainya yang boleh digunakan untuk bayaran serta-merta.