alat untuk mengukur banyaknya kandungan asid dalam sesuatu larutan.
Category Archives: Kamus Dewan Online
asid
(Kimia) bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 7, bersifat mengakis dan boleh menukarkan kertas litmus kepada warna merah;
~ amino sejenis asid organik yang merupakan unit asas protein;
~ asetik = ~ etanoik sejenis asid organik lemah, terdapat dalam cuka;
~ askorbik sejenis asid yang terdapat semula jadi dalam buah-buahan sitrus (seperti limau, oren, lemon, dan lain-lain), dan sayur-sayuran, vitamin C;
~ barbiturik asid organik yang dapat menghasilkan pelbagai ubat pelali dan ubat perangsang tidur;
~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yang digunakan sebagai pengawet makanan;
~ borik asid lemah yang digunakan sebagai antiseptik dan dalam pembuatan kaca perintang haba, enamel, porselin dan gentian kaca;
~ formik asid tanpa warna yang dahulunya diperoleh daripada sesetengah serangga (tetapi kini dapat dihasilkan secara sintetik), digunakan dalam pencelupan tekstil, penghasilan insektisid dan sebagainya;
~ hidroklorik sejenis asid kuat yang sangat mengakis;
~ karboksilik kumpulan asid organik (seperti asid asetik) yang terdapat semula jadi di dalam haiwan dan tumbuhan;
~ klorik asid tanpa warna yang mempunyai ciri pengoksidaan yang kuat;
~ kuat asid yang tercerai sepenuhnya menjadi ion di dalam larutan;
~ laktik asid yang terdapat dalam susu masam, digunakan sebagai bahan perisa dan pengawet makanan;
~ lemah asid yang tidak tercerai sepenuhnya menjadi ion di dalam larutan;
~ lemak asid karboksilik yang wujud semula jadi di dalam lemak atau minyak haiwan dan sayuran;
~ linoleik asid lemak yang digunakan untuk membuat marjerin, sabun, makanan ternakan dan sebagainya;
~ maleik asid berhablur yang tidak berwarna, yang digunakan untuk membuat resin sintetik dan sebagai pengawet minyak dan lemak;
~ mineral asid tak organik yang diperoleh daripada bahan mineral melalui proses kimia;
~ nitrik sejenis asid kuat yang sangat mengakis dan sangat reaktif;
~ nukleik sejenis asid yang terdapat dalam semua sel hidup;
~ organik kumpulan sebatian organik yang dapat menderma proton kepada bes;
~ sitrik sejenis asid yang banyak terdapat dalam buah-buahan sitrus;
~ sulfurik sejenis asid kuat yang sangat mengakis dan sangat reaktif;
~ sulfurus asid lemah yang tidak stabil, yang terbentuk apabila sulfur dioksida larut di dalam air, dan digunakan sebagai bahan pengawet dan peluntur;
~ tartarik asid yang terdapat dalam banyak tumbuhan dan jus buah, biasanya digunakan untuk membuat serbuk penaik dan sebagainya;
~ urik sejenis asid organik yang terdapat dalam air kencing;
berasid mengandungi asid;
mengasid menjadi asid;
mengasidkan menjadikan asid;
keasidan banyaknya asid dalam sesuatu larutan;
pengasidan proses mengasidkan.
asi IV
[Jakarta];
asian bernasib baik, dapat beroleh untung (kerana nasib baik), mujur;
= rasi.
asi III
[sastera lama] perhatian;
mengambil ~ mengendahkan, mempedulikan;
mengasi mengendahkan, mempedulikan;
tidak ~ tidak mengendahkan;
= aci I.
asi II
benar, sah;
tidak masuk ~ tidak masuk hitungan.
asi I
[Arab] menderhaka, melawan (tidak mengikut).
ashab
[Arab] (jamak bagi sahib) kawan, sekutu.
asfiksia
(Perubatan) keadaan sukar bernafas kerana kekurangan oksigen di dalam darah, sehingga ada kalanya boleh menyebabkan kematian.
asfar
[Arab]
1. putih kuning;
2. kuning (warna kuda).
asfalt
sejenis bahan yang hitam dan lekit seperti tar yang digunakan untuk melapisi jalan (sebagai bahan penampal bocor dan lain-lain);
berasfalt mempunyai lapis (dilapisi) asfalt:
jalan itu belum ~;
mengasfalt membubuh asfalt pada (jalan).