asindeton

(Linguistik) deretan kata (frasa, klausa, ayat) yang tidak menggunakan kata hubung, misalnya saya datang, saya melihat, saya menang.

asin I

masin, (be)rasa garam;
merasai ~ garam sudah banyak pengalaman;

mengasini membubuh garam (supaya masin) pada;

mengasinkan menjadikan asin;

asinan buah-buahan atau sayur-sayuran yang diasinkan;

keasinan perihal asin, rasa asin, kemasinan:
~ air laut.

asimilasi

1. proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup;

2. [Indonesia] paduan bunyi (konsonan) seperti ahlul-nujum menjadi ahlun-nujum;

3. pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu (seperti pemaduan unsur-unsur daripada kebudayaan yang berlainan menjadi satu kebudayaan);

berasimilasi berpadu menjadi satu;

mengasimilasikan
1. menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup:
jasad kita melalui kuasa ghaib yang maha penting, sentiasa ~ bahan-bahan mentah dan mati yang diterimanya;

2. menjadikan berasimilasi (berpadu, menyerap, dan lain-lain), menyerapkan ke dalam suatu kesatuan (paduan dan sebagainya) yang lebih besar;

terasimilasi telah diasimilasikan atau berasimilasi:
glukos ~;

pengasimilasian proses mengasimilasikan sesuatu:
bagaimanapun, ~ maklumat itu bukanlah satu tugas yang sukar.

asik

1. [Kelantan] panjang di sebelah bawah (teraju layang-layang);

2. bergerak-gerak (layang-layang), tidak tetap.