asabat

[Arab] urat yang menyebabkan kita dapat merasa (melihat dan lain-lain), saraf;
perang ~ perang saraf (perang saling menggertak, saling menakuti);
sakit ~ sakit saraf.

asabah

[Arab] waris yang berhak mendapat pusaka tanpa ditetapkan bahagiannya, tetapi berhak menerima semua harta atau baki yang ada setelah setiap waris menerima bahagian masing-masing, atau ia mungkin langsung tidak mendapat apa-apa sekiranya waris yang lain telah menghabiskan semua pusaka berkenaan.

asa I

harap(an);
putus (berputus) ~ tidak menaruh harapan lagi (akan berjaya, memperoleh sesuatu, dan sebagainya), putus harapan;

asa-asaan harap-harapan, selalu berharap (mengharapkan);

mengasakan mengharapkan.

as I

[Indonesia-Belanda] gandar, pasak, sumbu:
kereta itu patah ~nya;

beras mempunyai as:
kaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat ditarik.

arwah

[Arab] (jamak bagi roh)

1. roh atau jiwa orang yang telah meninggal dunia:
kenduri untuk ~ saudara-maranya;

2. semangat:
hilang ~ku melihat nahas kereta itu;

3. (kata yang digunakan apabila menyebut seseorang yang telah meninggal) Allahyarham, Almarhum:
~ ayahnya;
~ Pak Mat;

mengarwahkan membaca doa (mengadakan kenduri) untuk memperingati seseorang yang telah meninggal dunia.