arus

1. gerakan air atau udara:
~ deras air sungai;

2. = ~ elektrik gerakan atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir;
~ terus = ~ searah [Indonesia] aliran elektrik yang tetap haluan dan kuasanya;
~ ulang-alik = ~ bolak-balik [Indonesia] aliran elektrik yang haluan dan had kuasanya bertukar-tukar;

3. pergerakan kenderaan (manusia dan lain-lain) yang tidak putus-putus:
menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan;
hilang dalam ~ orang banyak yang meninggalkan stadium;

4. [kiasan] aliran, perkembangan:
sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara berasingan daripada kedudukannya dalam ~ penceritaan;
~ sejarah;
~ zaman;
~ perubahan fesyen;
~ pembangunan;

5. = ~ hidup (penghidupan) perjalanan hidup, kehidupan:
dia tidak lagi menghanyuntukan diri ke dalam ~ kota;
~ air mata
air mata yang mengalir dengan tidak putus-putus;
~ dingin = ~ sejuk arus yang membawa udara yang dingin (sejuk);
~ lautan arus yang bergerak di kawasan lautan;
~ panas arus yang membawa udara yang panas;
~ pasang surut arus yang disebabkan oleh gerakan pasang surut;
~ perdana perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dan sebagainya):
tiada kawasan di negeri yang disisihkan daripada ~ perdana pembangunan;

berarus ada arusnya:
air yang melaut itu rupanya tenang tetapi pada setengah-setengah tempat ~.

aruk II

mengaruk
1. mengacaukan (gajah liar yang menggemparkan binatang-binatang jinak, kerbau yang mengacau lumpur, dan lain-lain);

2. melakukan sesuatu yang menimbulkan kegemparan (kekacauan, gangguan, dan lain-lain), menggemparkan;

pengaruk orang yang mengaruk.

aruk I

mengaruk melakukan tarian perang (adat orang Bugis sebagai menunjukkan kesetiaan kepada raja).

aruh

mengaruh
1. (Perubatan) mencetus atau mempercepat proses bersalin (biasanya dengan memberi ubat);

2. (Fizik) menghasilkan arus elektrik atau daya gerak elektrik secara pengaruhan;

aruhan (Fizik) sifat sesuatu litar elektrik yang beroleh daya gerak elektrik akibat perubahan arus dalam litar yang sama atau dalam litar lain yang berdekatan;

pengaruhan (Fizik) proses memindahkan sifat elektrik (magnet) dari satu litar (atau jasad) ke litar (jasad) yang lain tanpa melalui sentuhan fizikal;

pengaruh (Fizik) induktor.