haruan.
Category Archives: Kamus Dewan Online
aru
gelaran bangsawan Bugis, raja, puteri;
arung I.
artropod
(Biologi) haiwan tanpa tulang belakang (termasuk krustasea, serangga, araknid dan lipan) daripada filum Arthropoda yang mempunyai badan bersegmen, anggota bersendi, dan rangka luar.
artrologi
kajian tentang sendi.
artritis
(Perubatan) radang pada sendi atau tisu sendi.
artralgia
(Perubatan) rasa sakit pada sendi.
artistik
1. sangat indah (dikerjakan dan sebagainya dengan perasaan kesenian):
ia gemar melihat benda-benda yang ~;
2. berasaskan (berkaitan dengan, menunjukkan, dan sebagainya) nilai-nilai seni:
tanpa bantuan segala ini, sesebuah filem akan mengecewakan dari segi ~.
artisan
pekerja yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan, tukang:
Antonio Pobello ialah seorang ~ berbangsa Itali yang mula-mula sekali membuat kasut dengan menggunakan tangan.
artis
1. orang yang kerjanya atau kegemarannya mencipta hasil seni (terutama lukisan);
2. penghibur (seperti penyanyi, penari, dan lain-lain);
~ rakaman penyanyi atau pemuzik yang merakamkan persembahannya dalam sesebuah album dengan syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu.
artileri
1. pasukan tentera yang bersenjata meriam;
2. meriam (biasanya beroda).