[Indonesia] [arkaik] [bahasa percakapan] mesyuarat, sidang.
Category Archives: Kamus Dewan Online
begana II
~-begini berhelah, berdalih.
begana I
[Jawa] sejenis nasi yang bercampur lauk-pauk.
begal
[arkaik] penyamun;
membegal menyamun, merampas (di jalan);
pembegalan penyamunan, perampasan.
begak
pesolek, kacak, segak.
begahak
sejenis ikan darat, gerahak, Belodontichthys dinema.
bega III
[Negeri Sembilan];
membegakan memperlihatkan sebagai keterangan:
perkataan ini terbit daripada ibarat tangkai padi, yang langgak atau kelihatan, maka yang itulah saja dituai yakni dibegakan;
membega, membega-bega menggerak-gerakkan atau membetul-betulkan bahagian-bahagian sesuatu mesin dan lain-lain supaya berjalan dengan baik.
bega II
membega membidik, mengacu, mengarah.
bega I
berbega, membega berkeliling (berjalan, terbang, dan lain-lain);
begar.
beg
bekas untuk mengisi, menyimpan atau membawa pakaian, surat, buku, dan lain-lain yang dibuat daripada kulit dan lain-lain;
~ baju = ~ pakaian beg tempat pakaian;
~ bimbit
a) beg kecil berbentuk empat segi yang digunakan untuk membawa dokumen;
b) = ~ jinjit beg yang dijinjit atau dijinjing;
~ buku = ~ sekolah beg untuk mengisi buku-buku sekolah;
~ diplomatik beg atau bekas yang berisi surat rasmi, barang dan sebagainya yang dihantar kepada atau daripada sesebuah kedutaan, biasanya tidak diperiksa oleh pihak berkuasa kastam dan sebagainya;
~ duit = ~ saku = ~ wang beg kecil untuk mengisi wang;
~ galas = ~ sandang beg yang digalas pada bahu;
~ kepit sejenis beg tidak bertali yang biasanya dibawa dengan mengepitnya di celah ketiak atau dipegang dengan tangan;
~ surat beg tempat surat;
~ tangan beg perempuan yang dijinjing di tangan atau digalas di bahu.