behaviorisme

doktrin yang menekankan bahawa satu-satunya cara yang sah untuk mengkaji psikologi manusia atau haiwan adalah dengan memerhatikan tingkah lakunya.

begut

(Seni Muzik) sejenis seruling buluh puak Jahut (rumpun bangsa orang asli dari suku Senoi) di Pahang.

begum

gelaran kepada wanita Islam yang berkedudukan (di beberapa negara Islam tertentu, terutamanya Pakistan).

beguk

penyakit) bengkak pada leher akibat pembesaran luar biasa kelenjar tiroid, serah beruk, bengkak cantik, degum.