begonia

sejenis tumbuhan taman daripada genus Begonia yang daun dan bunganya berwarna terang.

begitu

1. bagai itu, macam itu, seperti itu:
dahulu pun ~ juga;

2. amat sangat, terlalu:
mereka hidup ~ mewah;
~ benar
amat sangat, terlampau sangat:
~ benar lokek orang itu;
~juga
demikian juga:
anak itu rajin, ~ juga adiknya;
~pun

a) meskipun begitu;
b) begitu juga;

sebegitu
1. seperti itu, sebagai itu, begitu:
sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu;

2. sangat, terlalu;
~ banyak sangat (terlalu) banyak;

membegitukan membuat (memperlakukan) seperti itu:
saya tidak suka dibegitukan.

begini

bagai ini, macam ini, seperti ini:
tulislah ~;

sebegini sebanyak ini, sekian ini;

begini-begini memperkatakan seseorang dan lain-lain secara umum tanpa penjelasan:
datuk nenek kami dahulu adalah ~;

membeginikan membuat (memperlakukan) seperti ini:
saya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan;

beginian [Jakarta] seperti ini, demikian ini.

begian-begian

begini-begini (mempercakapkan orang dan lain-lain):
si anu pemalas, si anu dipukul oleh suaminya, si anu ~.

begar II

berbegar, membegar berkeliling (berjalan, terbang, dan lain-lain), berlegar;

membegari mengelilingi (berjalan, terbang, dan lain-lain).

begar I

1. keras (walaupun direbus atau diperam), tidak mahu empuk;

2. tidak dapat berubah lagi (tabiat dan lain-lain), tegar hati.

begap

1. tegap dan besar (tubuh dan lain-lain);

2. besar dan kuat (kaki bangku dan lain-lain).