elok rupanya, cantik:
gadis ~;
kerupawanan kecantikan:
ia menjadi pujaan ramai kerana ~nya dan kebaikan perangainya.
Cari Maksud Perkataan Secara Online
elok rupanya, cantik:
gadis ~;
kerupawanan kecantikan:
ia menjadi pujaan ramai kerana ~nya dan kebaikan perangainya.
1. agaknya, barangkali, kalau-kalau, kiranya:
~ rundingan damai di Paris itu tidak sampai ke mana;
2. sebaliknya, melainkan:
yang disangkanya boleh mendatangkan keberuntungan ini ~ tidak demikian jadinya;
berupa
1. ada rupanya yang boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud:
roh ialah suatu kejadian Allah yang tidak ~;
2. rupanya, bentuknya (bangunnya) sebagai:
lambang negaranya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas;
3. terjadi daripada, terdiri daripada:
memberi bantuan yang ~ mata benda;
4. elok rupanya, cantik:
bakal isterinya itu hendaklah orang yang berbangsa dan ~;
5. dalam keadaan (bentuk):
undang-undang yang diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yang mengandungi dasar undang-undang yang kasar sahaja;
6. berkelakuan, berperangai:
orang yang sistem sarafnya terganggu itu ~ seperti orang mabuk;
berupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis;
merupa
1. menjadi ada, berwujud, memperlihatkan diri (hantu, jin, roh, dan lain-lain);
2. nampak membayang (dalam mimpi, angan-angan, dan lain-lain);
merupai menyerupai (mengarah-arahi, mirip dengan):
rajah itu tidak ~ bulatan tetapi lebih mendekati segi empat bujur;
merupakan
1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa:
peti rahsia itu dirupakan buku;
2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan:
malaikat Jibrail dirupakan seorang yang cantik dan diberi bersayap;
3. menjadi, membentuk:
rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yang terpenting;
getah ~ 40% daripada pendapatan negara Malaysia;
4. [kiasan] melambangkan, melukiskan, menggambarkan:
Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yang dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir;
ulasan itu ialah perkataan yang ~ fikiran yang dibuat daripada satu-satu alasan;
~ diri
a) menampakkan dirinya seperti (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma:
Puteri Gunung Ledang ~ dirinya seperti perempuan tua;
ia dapat ~ dirinya seperti harimau;
b) berlagak (berlaku dan lain-lain) sebagai:
dengan ~ dirinya sebagai seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;
terupa boleh dirupakan (diwujudkan, diangan-angankan):
~ di hadapannya wajah anaknya yang nakal itu;
tidak ~ oleh akal tidak masuk akal;
rupa-rupaan [sastera lama] [arkaik] rupa-rupa, berbagai-bagai (rupa).
sejenis tumbuhan (pokok), bekoi, berkol, buah babi, tukoi, Crypteronia paniculata.
1. perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar, sifat sesuatu pada lahirnya:
kepala binatang itu ~nya seperti kuda;
tidak memandang ~ tidak mempedulikan keadaan dari luar, tidak mengendahkan;
~ bentuk rupa dan bentuk (sifat dan keadaan) sesuatu (benda);
2. = ~ muka rautan muka, paras muka, roman muka, tampang muka:
perempuan yang elok ~nya;
ada ~ cantik;
3. apa yang tampak (kelihatan), wujud:
tamsil seperti matahari dengan cahaya dengan panas, namanya tiga, ~nya tiga, hakikatnya satu juga;
4. bangun, bentuk, tokoh:
menara itu ~nya seperti roket;
dapatlah kuturut ~ huruf sedikit-sedikit tetapi dengan kasarnya;
5. bagai, jenis, macam:
siap sedia segala ~ juadah untuk hari raya;
mengapa gerangannya hal ini demikian ~;
~ bangsa
a) kerakyatan, kewarganegaraan;
b) sifat-sifat (cara hidup dan lain-lain) bangsa;
~ bumi lukisan atau gambaran bentuk muka bumi pada peta, topografi;
~ taip muka taip;
~ boleh diubah, tabiat dibawa mati (peribahasa) terlalu susah hendak mengubah tabiat;
~ harimau hati tikus (peribahasa) nampaknya gagah berani tetapi sebenarnya penakut;
bagai ~ orang terkena beragih (peribahasa) muka masam kerana rugi dan lain-lain (ketika berbagi barang-barang syarikat);
indah khabar dari ~ (peribahasa) khabar selalunya lebih baik daripada keadaan sebenarnya;
berserupa sama rupanya, bersamaan;
menyerupa [Minangkabau] berlagak atau berlaku seperti, merupakan diri seperti, menyamar (menyaru) seperti;
menyerupai
1. serupa dengan, mirip dengan, hampir menyamai, mengarah-arahi:
hulunya diperbuat daripada kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol;
2. sama dengan, menyamai:
Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yang baharu;
sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika;
3. [Jakarta] meniru(-niru), menyama-nyamai:
lakunya ~ orang tuanya;
menyerupakan
1. menjadikan serupa (dengan), menyamakan (rupanya, aturannya, dan lain-lain):
sistem dan kadar kutipan zakat itu haruslah diserupakan;
2. mengatakan sama (dengan), menganggap sama (dengan), memisahkan sama (dengan):
ia diserupakan dengan kanak-kanak sekolah menengah sahaja;
keserupaan kesamaan rupa:
sebutan dua ~ dalam cara pembiakan ayam dan katak;
perserupaan persamaan rupa, persesuaian, persetujuan;
rupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk):
dikumpulnya ~ barang lama;
[Minangkabau] [arkaik];
meruok
1. berbuih, membual;
2. meluap, mendidih;
3. [kiasan] marah;
ruap.
[Minangkabau];
merunyut berkedut (kerana kering dan lain-lain), berkerut, kisut, lisut.
merunyas [Johor] berbulu-bulu (kain), berjerabai, cemabai.
[Jakarta]
1. susah mengerjakan, leceh, rumit, sukar, sulit:
agak ~ juga kerja itu bagi orang yang belum biasa;
2. tidak berhasil (jadi), gagal:
kalau dia masih berkeras juga tentu akan ~ cita-cita kita;
merunyamkan
1. menyulitkan, merumitkan;
2. menggagalkan.
bekas tapak kaki dan lain-lain, jejak, alur di tanah (bekas roda pedati dan lain-lain):
~ harimau;
~ kereta;
mendapat ~ mendapat keterangan (berkenaan (dengan) perkara yang sedang diselidiki;
putus ~ kehilangan jejak (bekas);
songsang ~ [Minangkabau] sejenis tenung;
merunut, merunuti
1. mengikuti (menuruti, mengekori) jejak, mengesani:
dirunutinya tapak itu sampai ke hujung kampung;
2. [kiasan] menyelidiki (mengusut) perkara dan lain-lain:
~ perkara kecurangan dalam pembinaan rumah.
[Jawa];
runtutan runtunan, rentetan.