rutai

merutai mencomel, mengomel:
suara bininya masih kedengaran ~ macam bertih.

rusuk I

1. samping, sisi (sebelah badan dan lain-lain):
satu tumbukan lagi kena dibawah ~ ;
angin bertiup di ~
angin bertiup dari sebelah (bukan dari hadapan);
tumbuk ~ [bahasa percakapan] memberi rasuah;

2. pinggir, tepi (jalan dan lain-lain);
~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar;
~ kepala alur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala;
~ surat tepi surat;
daerah ~ daerah pinggir (perbatasan);
pintu ~ pintu yang di sebelah (tepi);

3. = tulang ~ bilah-bilah tulang dari tulang belakang ke tulang dada, iga:
~nya patah akibat jatuh;
~ benua
(Geografi) dasar laut yang tidak begitu dalam yang letaknya dekat pantai;
~ kanan (kiri) sebelah kanan (kiri);

merusuk
1. menikam dan lain-lain di sisi (sebelah) atau pada lambung:
dirusuknya orang itu di sebelah kanan;

2. menurut sisi, menepi, menyusur (tepi), mendekati dari samping:
berjalan ~;

3. rusuk, (tidur dan lain-lain) di atas tulang rusuk, mengiring:
dia tidur ~.

rusuh II

= ~ hati sentiasa gelisah (khuatir, sedih, susah), tidak tenang hatinya:
semalam-malaman itu ia sudah ~, sudah gelisah sangat, tidak tidur sepicing jua;

berusuh ~ hati bersusah hati, berdukacita, ge

rusuh I

1. terganggu ketenteraman (kerana perbuatan jenayah seperti pencurian dan lain-lain), tidak aman:
keadaan ekonomi yang begitu buruk menyebabkan daerah kami ~ sekali;

2. gaduh, huru-hara, kacau, ribut:
negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan oleh tentera;

3. tidak sopan (kelakuan, perkataan, dan lain-lain), kasar (permainan bola sepak dan lain-lain), tidak berperaturan, ceroboh:
bahasanya ~ benar;
~ benar makanannya
apa sahaja dimakannya;

4. tidak tenteram fikiran, (sangat) gelisah:
~ resah berbagai-bagai kegelisahan (tidak aman dan lain-lain);

merusuh membuat rusuh (seperti mengacau, merompak, mengganggu ketenteraman, dan lain-lain):
orang salah ~ dalam penjara;
sekumpulan kecil daripada penonton telah ~ kerana tidak puas hati dengan keputusan pengadil;

merusuhi mengganggu (ketenteraman), mengacau:
tikus tanah yang selalu ~ sawah kami;

merusuhkan menyebabkan rusuh, menimbulkan huru-hara (kekacauan, keributan, dan lain-lain);

rusuhan kejadian merusuh:
banyak yang luka akibat ~ pelajar-pelajar itu;
~ kaum
rusuhan yang berlaku di kalangan anggota kaum-kaum yang berlainan dalam sesebuah komuniti atau negara, yang berpunca daripada sebab-sebab tertentu;
pasukan (polis) pencegah ~ polis untuk memadamkan rusuhan;

kerusuhan perihal rusuh (kekacauan, keributan, dan sebagainya);

perusuhan
1. perbuatan merusuhi (merusuhkan);

2. huru-hara, pemberontakan, dan sebagainya;

perusuh pengganggu ketenteraman, pengacau, penderhaka.

rusih

pokok ~ sejenis tumbuhan (pokok kecil), kayu membuah, jambul burung cicit, Polyalthia beccarii.

rusa-rusa

sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar kacang-kacang, Agelaea verstita;
pokok ~
sejenis tumbuhan (pokok kecil), mempisang, Vitex hollrungii.

rusam

[Kedah] sejenis alat (batang atau pegangan yang boleh berputar) untuk mengajar anak-anak kecil berjalan.