rusa I

sejenis binatang yang tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus;
jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung;
~ di hutan, kancah sudah terjerang
(peribahasa) barang sesuatu yang belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya;
mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi (peribahasa) mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yang menjadi kemegahannya;
mati ~ kerana tanduknya (peribahasa) mendapat kecelakaan kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya;
seperti ~ kena tambat (peribahasa) selalu dalam keluh-kesah;
seperti ~ masuk kampung (peribahasa) tercengang-cengang;
tak akan rintang ~ oleh tanduknya (peribahasa) tidak terganggu seseorang yang cekap itu daripada melakukan pekerjaannya.

rurut I

[Minangkabau] gugur, jatuh:
telah ~ bunga hayatku sebelum dia mekar;
~ hati
jatuh hati, terharu hati;

= lurut II.

rupuh

merupuh bunyi ~ berbunyi kuat (seperti pokok besar tumbang dan lain-lain).

rupiah

unit mata wang Indonesia;
~ sikah sejenis mata wang lama India;

serupiah satu rupiah, seperak;

merupiahkan menukarkan (wang asing) menjadi rupiah.