sejenis binatang yang tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus;
jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung;
~ di hutan, kancah sudah terjerang (peribahasa) barang sesuatu yang belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya;
mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi (peribahasa) mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yang menjadi kemegahannya;
mati ~ kerana tanduknya (peribahasa) mendapat kecelakaan kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya;
seperti ~ kena tambat (peribahasa) selalu dalam keluh-kesah;
seperti ~ masuk kampung (peribahasa) tercengang-cengang;
tak akan rintang ~ oleh tanduknya (peribahasa) tidak terganggu seseorang yang cekap itu daripada melakukan pekerjaannya.
rusa I
berkongsi