rusuh I

1. terganggu ketenteraman (kerana perbuatan jenayah seperti pencurian dan lain-lain), tidak aman:
keadaan ekonomi yang begitu buruk menyebabkan daerah kami ~ sekali;

2. gaduh, huru-hara, kacau, ribut:
negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan oleh tentera;

3. tidak sopan (kelakuan, perkataan, dan lain-lain), kasar (permainan bola sepak dan lain-lain), tidak berperaturan, ceroboh:
bahasanya ~ benar;
~ benar makanannya
apa sahaja dimakannya;

4. tidak tenteram fikiran, (sangat) gelisah:
~ resah berbagai-bagai kegelisahan (tidak aman dan lain-lain);

merusuh membuat rusuh (seperti mengacau, merompak, mengganggu ketenteraman, dan lain-lain):
orang salah ~ dalam penjara;
sekumpulan kecil daripada penonton telah ~ kerana tidak puas hati dengan keputusan pengadil;

merusuhi mengganggu (ketenteraman), mengacau:
tikus tanah yang selalu ~ sawah kami;

merusuhkan menyebabkan rusuh, menimbulkan huru-hara (kekacauan, keributan, dan lain-lain);

rusuhan kejadian merusuh:
banyak yang luka akibat ~ pelajar-pelajar itu;
~ kaum
rusuhan yang berlaku di kalangan anggota kaum-kaum yang berlainan dalam sesebuah komuniti atau negara, yang berpunca daripada sebab-sebab tertentu;
pasukan (polis) pencegah ~ polis untuk memadamkan rusuhan;

kerusuhan perihal rusuh (kekacauan, keributan, dan sebagainya);

perusuhan
1. perbuatan merusuhi (merusuhkan);

2. huru-hara, pemberontakan, dan sebagainya;

perusuh pengganggu ketenteraman, pengacau, penderhaka.

berkongsi